Penyokong banjiri Stadium Azteca di Mexico City selepas dibuka semula jelang Piala Dunia FIFA 2026
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: REUTERS)
MEXICO CITY: Peminat kembali ke Stadium Azteca di Mexico City untuk pembukaan semula yang lama dinantikan pada Sabtu (28 Mac), sekali gus memeriahkan suasana menjelang Piala Dunia.
Ini meskipun terdapat kawalan keselamatan yang ketat, tunjuk perasaan di seluruh ibu kota dan kemalangan maut di dalam tempat tersebut.
Penyokong berpusu-pusu ke tempat yang sudah diubah suai itu buat kali pertama dalam tempoh hampir dua tahun untuk perlawanan persahabatan Mexico menentang Portugal, dengan harapan dapat menikmati suasana yang akan memeriahkan negara sempena kejohanan bola sepak global itu.
Mexico akan menjadi tuan rumah bersama Piala Dunia, bersama Amerika Syarikat dan Kanada.
Ia dijadualkan dibuka dengan perlawanan menentang Afrika Selatan di stadium pada 11 Jun.
"Kami datang dari Puebla dan kami sangat teruja untuk melihat stadium dan mula merasai suasana Piala Dunia," kata penyokong Mexico, Mariluly Cuesta, sambil menambah bahawa pengalaman itu diatur dengan sangat baik walaupun dengan pemeriksaan keselamatan yang lebih ketat.
Penutupan jalan raya dan operasi keselamatan yang ketat menyebabkan perjalanan jauh untuk sampai ke pintu pagar, namun ramai yang berkata langkah-langkah itu dijangkakan untuk acara berskala besar ini.
"Kami berjalan kira-kira satu kilometer, tetapi ia terasa sangat selamat sepanjang perjalanan," kata Luis Camarena, seorang ahli perniagaan berusia 40 tahun yang hadir bersama keluarganya.
"Kami gembira berada di sini bersama anak-anak untuk menonton pasukan negara."
Walaupun ramai yang berharap dapat melihat kapten Portugal, Cristiano Ronaldo, ketiadaannya tetap tidak memalapkan suasana.
Bagaimanapun, tidak semua orang berkongsi kemeriahan itu.
Penunjuk perasaan mengadakan bantahan di lebuh raya utama berhampiran stadium, mengubahnya menjadi padang bola sepak sementara untuk menarik perhatian kepada apa yang mereka katakan sebagai kekurangan perumahan, air, pengangkutan dan elektrik di kawasan itu.
Di dalam stadium, kemeriahan itu dihambat oleh insiden maut yang berlaku tidak lama sebelum sepakan pertama bermula, apabila seorang lelaki maut selepas terjatuh dari tempat duduknya, menurut pihak berkuasa tempatan.
Ada juga beberapa masalah awal bagi pembukaan semula, dengan penyokong menunjukkan kekeliruan tentang pintu masuk, yang sebahagian besarnya dikaitkan dengan pengubahsuaian stadium baru-baru ini, serta kekurangan tempat letak kereta sebagai antara bidang yang boleh dipertingkat.

Sumber : Reuters/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.