Penyerang Perancis Karim Benzema bersara daripada bola sepak antarabangsa
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Franck Fife/AFP/Getty Images
PARIS: Penyerang Perancis, Karim Benzema mengumumkan persaraannya daripada bola sepak antarabangsa pada hari lahirnya yang ke-35 pada Isnin (19 Dis), sehari selepas pasukan Les Bleus tewas kepada Argentina menerusi penentuan sepakan penalti dalam perlawanan akhir Piala Dunia.
Benzema, pemenang anugerah Ballon d'Or yang menjaringkan jumlah 37 gol dalam 97 penampilan dijangka mengetuai pasukan Perancis di Qatar tetapi terpaksa mengundurkan diri selepas mengalami kecederaan paha sewaktu latihan sehari sebelum kejohanan bermula
"Saya sudah berusaha dan melakukan kesilapan yang diperlukan untuk berada di tempat saya hari ini dan saya bangga dengannya! Saya sudah menulis kisah saya dan kisah kami akan berakhir," tulis Benzema di Twitter.
Benzema membuat penampilan sulung antarabangsanya pada tahun 2007. Beliau bermain di Kejohanan Eropah pada 2008 dan 2012, serta Piala Dunia 2014, tetapi diketepikan daripada dua skuad kejohanan utama berikutnya ekoran skandal memeras ugut.
Beliau dipanggil semula untuk Euro 2020 tahun lalu, di mana pasukan Didier Deschamps mengalami penyingkiran awal, dan membantu Perancis memenangi Liga Negara-Negara pada Oktober 2021.

Sumber : Reuters/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.