Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Penyerang Lion City Sailors Khairin Nadim ikat kontrak dengan kelab Portugal FC Vizela

Pemain Lion City Sailors, Khairin Nadim sah mengikat kontrak selama setahun setengah dengan kelab divisyen dua Portugal, FC Vizela.

Anggaran Waktu Membaca:
Penyerang Lion City Sailors Khairin Nadim ikat kontrak dengan kelab Portugal FC Vizela

Khairin Nadim menyarungkan jersi FC Vizela. (Gambar: FC Vizela)

Diterbitkan : 05 Feb 2025 10:04PM Dikemas Kini : 05 Feb 2025 10:05PM
SINGAPURA: Pemain Lion City Sailors, Khairin Nadim sah mengikat kontrak selama setahun setengah dengan kelab divisyen dua Portugal, FC Vizela.

Khairin, 20 tahun menandatangani kontrak bersama pasukan itu sehingga 30 Jun 2026.

Dia akan bermain untuk skuad bawah 23 tahun FC Vizela dan dipantau dengan rapi oleh jurulatih pasukan pertama.

Pasukan pertama FC Vizela beraksi dalam Liga Portugal 2 - iaitu divisyen kedua Portugal - di mana ia menduduki tangga ke-8 dalam liga dengan 18 pasukan termasuk pasukan B, Benfica dan FC Porto.

Pemindahan Khairin ke kelab itu diumumkan oleh Lion City Sailors pada Rabu (5 Feb) selepas ia mengatur bagi pemain penyerang itu menghadiri sesi percubaan bersama FC Vizela.

"Dia mengagumkan orang di sana dengan bakat dan keupayaan teknikalnya - memberinya peluang untuk menonjolkan bakatnya di Eropah," menurut kelab itu.

Khairin pernah memegang rekod sebagai pemain termuda yang beraksi dalam Liga Perdana Singapura (SPL), di mana dia membuat kemunculan pada usia 15 tahun dan 298 hari pada Mac 2020.

Rekod itu diatasi oleh Raoul Suhaimi pada 2021 dan Nathan Mao pada 2023.

Khairin juga rakyat Singapura kedua termuda yang menjaringkan gol di SPL, melawan Tampines Rovers ketika berusia 16 tahun dan 194 hari.

The Sailors menyatakan FC Vizela telah menunjukkan komitmen tinggi terhadap membangunkan bakat belia, dengan 16 daripada pemain bawah 23 tahun beraksi untuk pasukan pertama sepanjang tempoh empat tahun lalu.

Pengarah teknikal Lion City Sailors Luka Lalic berkata Khairin sememangnya layak mendapatkan peluang untuk bertanding di Portugal dan dia harus manfaatkan sepenuhnya tempoh 18 bulan di sana untuk membuktikan kesediaannya merebut tempat barisan utama pemain.
 
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan