Skip to main content

Sukan

Penunjuk perasaan ganggu perlawanan Everton-Newcastle

Anggaran Waktu Membaca:
Penunjuk perasaan ganggu perlawanan Everton-Newcastle

Pemuda berbaju oren mengikat lehernya pada tiang gol semasa perlawanan Everton-Newcastle. (Gambar: Anthony Devlin / AFP)

ANKARA: Perlawanan Liga Perdana England (EPL) antara Everton dan Newcastle United pada awal pagi Jumaat (18 Mac) terpaksa dihentikan seketika gara-gara kejadian tunjuk perasaan.

Seorang pemuda yang memakai baju oren dengan perkataan “Just Stop Oil”  bertindak menceroboh padang bola dan mengikat lehernya pada tiang gol menggunakan pengikat kabel ketika minit ke-49 perlawanan, lapor Agensi Anadolu.

Perlawanan disambung semula lapan minit kemudian selepas kabel itu berjaya dipotong.

Kumpulan penunjuk perasaan yang digelar "Just Stop Oil" membantah penerokaan bahan api fosil baru United Kingdom (UK) di Laut Utara.

Everton, berjaya menewaskan Newcastle United 1-0 hasil jaringan lewat Alex Iwobi ketika waktu tambahan.

Sumber : Bernama/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita