Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Penjaga gol Chelsea Kepa didenda potongan gaji seminggu kerana insiden Wembley

Pasukan bola sepak Chelsea mengenakan denda potongan gaji seminggu terhadap penjaga golnya, Kepa Arrizabalaga, kerana enggan digantikan dalam perlawanan akhir Piala Liga England yang menyaksikan pasukannya tewas 4-3 di tangan Manchester City pada Ahad lalu (24 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Penjaga gol Chelsea Kepa didenda potongan gaji seminggu kerana insiden Wembley

Penjaga gawang dari Sepanyol Kepa Arrizabalaga semasa beraksi di Piala Dunia 2018 (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 26 Feb 2019 09:36PM Dikemas Kini : 26 Feb 2019 09:48PM

LONDON: Pasukan bola sepak Chelsea mengenakan denda potongan gaji seminggu terhadap penjaga golnya, Kepa Arrizabalaga, kerana enggan digantikan dalam perlawanan akhir Piala Liga England yang menyaksikan pasukannya tewas 4-3 di tangan Manchester City pada Ahad lalu (24 Feb).

Arrizabalaga kelihatan mengalami kecederaan dalam satu pertembungan dengan pemain City, Sergio Aguero, di saat-saat terakhir perlawanan. Namun, beliau membantah keputusan pengurus pasukannya, Maurizio Sarri, untuk digantikan dengan penjaga gol simpanan, Willy Cavallero, sejurus sebelum babak penentuan penalti bermula.

Arrizabalaga memberitahu semalam (25 Feb) bahawa beliau sudah meminta maaf kepada Sarri, rakan-rakan sepasukannya dan juga para penyokong kelab Chelsea.

Beliau berkata: "Saya sudah berfikir dengan lebih mendalam tentang peristiwa semalam. Meskipun terdapat perselisihan faham, merenung kembali, saya membuat kesilapan besar dengan cara saya menangani keadaan itu."

"Saya ingin ambil masa hari ini untuk meminta maaf secara peribadi kepada jurulatih pasukan, Willy, rakan-rakan sepasukan dan kelab. Saya sudah melakukannya dan kini saya ingin meminta maaf juga kepada para penyokong."

"Saya akan belajar dari episod ini dan akan menerima apa jua hukuman atau tindakan disiplin yang sewajarnya dari kelab."

Chelsea berhadapan dengan Tottenham Hotspur di Liga Perdana pada Rabu di Stamford Bridge.

Sumber : Reuters/IL/il

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa