Skip to main content

Sukan

Penjaga gawang Tunisia pura-pura cedera agar dapat buka puasa

Pada minit ke-49 dalam perlawanan persahabatan Tunisia menentang Turki sebelum Piala Dunia di Rusia, penjaga gawang Mouez Hassn terbaring selepas bertembung dengan pemain lawan.

Anggaran Waktu Membaca:
Penjaga gawang Tunisia pura-pura cedera agar dapat buka puasa

Petikan skrin dari Daily Mail.

Diterbitkan : 04 Jun 2018 11:07PM Dikemas Kini : 04 Jun 2018 11:15PM

GENEVA: Pada minit ke-49 dalam perlawanan persahabatan Tunisia menentang Turki sebelum Piala Dunia di Rusia, penjaga gawang Mouez Hassen terbaring selepas bertembung dengan pemain lawan.

Namun, sebaik pengadil meniup whisel supaya Hassen mendapatkan 'rawatan', rakan sepasukannya terus ke luar padang.

Mereka dengan segera makan kurma dan minum air.

Related article image
Petikan skrin dari Daily Mail. 

Petikan skrin dari Daily Mail.

Rupa-rupanya, Hassen pura-pura 'cedera' agar anggota pasukannya dapat berbuka puasa.

Menurut laporan The Sun, para pemain dan pengurus pasukan negara itu sebelum perlawanan tersebut, sudahpun membuat kiraan bagi masa berbuka.

Mereka kemudian merencanakan rancangan tersebut supaya para pemain dapat berbuka puasa di tengah-tengah perlawanan berkenaan.

Selepas mereka berbuka puasa, para pemain Tunisia berjaya menjaring dua gol! Namun, perlawanan berakhir dengan seri 2-2.

Lebih menarik lagi, ini bukan kali pertama Hassen berlaku sedemikian. Awal daripada ini, dalam perlawanan persahabatan antara Tunisia dengan Portugal, Hassan 'mengalami kecederaan' pada minit ke-58 dan rakan-rakan sepasukan dengan serta-merta berbuka puasa, menurut Daily Mail.

Tunisia pada ketika itu ketinggalan 1-2 di belakang Portugal. Namun, hanya enam minit selepas berbuka puasa, pasukan tersebut berjaya menjaringkan gol dan pada akhir perlawanan, seri 2-2 dengan Juara Eropah berkenaan.  

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita