Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Penjaga gawang SG Hassan Sunny disambut meriah oleh ratusan peminat baharu di China

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Penjaga gawang Singapura Hassan Sunny bertemu dengan peminatnya di China selepas namanya kian mencanak naik di China, dalam satu lawatan ke Shanghai pada Isnin (17 Jun).

Hassan berada di China atas undangan syarikat hartanah Capitaland, yang memiliki sejumlah hartanah komersil di sana.

Para peminat berbondong-bondong menunjukkan penghargaan mereka atas persembahan cemerlang Hassan ketika menentang Thailand, dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia, sehingga ramai yang beratur untuk mengambil gambar bersamanya.

<<BACA: Hassan Sunny dianggap penyelamat oleh peminat bola sepak China yang sumbang wang kepada gerai makannya >>

"Perasaannya sangat hebat ketika melihat sokongan dan kasih sayang yang saya terima di sini," kata Hassan yang akan berada di Shanghai sehingga Selasa (18 Jun).

Berikutan persembahannya yang secara tidak langsung membantu China mara ke pusingan kelayakan Piala Dunia seterusnya, Hassan bertali arus menerima mesej yang memujinya.
Peminat di China yang ingin menunjukkan penghargaan mereka malah memindahkan wang ke akaun Alipay gerai Dapur Hassan, selepas warganet menyebarkan gambar kod QR gerai tersebut.

Hassan kemudian memuat naik catatan dalam bahasa Mandarin di akaun Instagramnya, dengan mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diberikan. Namun dia juga meminta supaya mereka henti memindahkan wang, disebabkan penipu yang menggodam kod QR tersebut.

Pada Ahad (16 Jun), Presiden Tharman Shanmugaratnam memuji Hassan atas sifat "belas kasihan dan perkongsiannya".
 
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan