Skip to main content

Sukan

Penjaga gawang kelab Chelsea Edouard Mendy jadi pemain terbaru untuk sertai kelab di Arab Saudi

Anggaran Waktu Membaca:
LONDON: Penjaga gol kelab Liga Perdana Inggeris EPL Chelsea, Edouard Mendy menjadi pemain terbaru untuk bermain di Arab Saudi dengan menyertai kelab Al-Ahli.

Mendy menyertai Chelsea dari Stade Rennais pada tahun 2020.

Pemain berusia 31 tahun itu memainkan peranan penting ketika kelab London itu memenangi Liga Juara-Juara UEFA kedua mereka dengan kemenangan 1-0 ke atas Manchester City dalam perlawanan akhir pada 2021. Selepas pengunduran pengurus Jerman Chelsea, Thomas Tuchel, kedudukan Mendy berada di belakang Kepa Arrizabalaga dalam urutan skuad di bawah pengurus Graham Potter sebelum diambil alih oleh Frank Lampard.

Liga Pro Saudi telah menjadi destinasi menarik bagi para pemain yang berpangkalan di Eropah sejak Cristiano Ronaldo berpindah ke Al-Nassr pada Januari lalu. Juara Liga Al-Ittihad pula menandatangani pemenang Anugerah Ballon d'Or, Karim Benzema pada awal bulan ini, manakala kelab tersebut juga mengesahkan pemindahan bekas rakan sepasukan Benzema, N'Golo Kante, pada minggu lalu.

Pemain sayap Chelsea Hakim Ziyech dari Maghribi juga dilaporkan bakal menyertai kelab Al Nassr.

Minggu lalu, pemain Portugal Ruben Neves, berpindah ke Al-Hilal.
Sumber : AGENCIES/AA/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita