Penganjur Kejohanan Sukan Air Dunia 2025 sedia lakukan penyesuaian tangani isu haba
Kejohanan Sukan Air Dunia 2025 akan bermula pada 11 Julai, degan acara Air Terbuka berlangsung pada 15 Julai di kawasan pantai Sentosa.

Pelantar terjun dari ketinggian dan kolam bagi Kejohanan Sukan Air Dunia 2025. (Gambar: CNA/Syamil Sapari)
Menjelang kejohanan tersebut, pihak penganjur kejohanan menyatakan kesediaan untuk membuat penyesuaian bagi memastikan para atlit tidak terganggu oleh haba di rantau ini.
Ujian taraf air juga sudah dilakukan, dengan pihak penguasa Sentosa memberi kelulusan bagi pertandingan yang selamat.
Menurut pihak penganjur, kawasan pantai Sentosa dipilih sebagai lokasi acara Air Terbuka untuk menonjolkan peranan Singapura sebagai perlabuhan yang bertenaga serta memberi para penonton peluang menikmati pelbagai aktiviti di sekitar Sentosa selepas acara.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.