Penganjur baharu Maraton SG harap dapat hapuskan persepsi negatif acara
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Maraton Singapura akan dianjurkan oleh sebuah syarikat baharu, SG Marathon Pte Ltd, selepas kontrak selama sedekad Ironman Asia tamat, dedah Sport Singapore (SportSG) pada Khamis (11 Dis).
Penganjur baharu sudah dilantik untuk tempoh dua tahun dengan pilihan untuk melanjutkan tempoh, tambah SportSG.
Kedua-dua SG Marathon dan Ironman Asia sudah menghantar kertas cadangan masing-masing.
Butiran lanjut akan dikeluarkan dalam beberapa bulan akan datang.
SportSG juga mengucapkan terima kasih kepada Ironman Asia atas usahanya "membangunkan acara itu menjadi salah satu larian yang paling dinanti-nantikan dalam kalendar sukan Singapura".
"Edisi 2025 juga menandakan berakhirnya kontrak 10 tahun Ironman Asia sebagai penganjur acara yang dilantik," kata seorang jurucakap.
Sepanjang tempoh Ironman Asia selaku penganjur, angka penyertaan meningkat daripada 46,000 pada 2016 kepada 55,000 pada 2025.
Bidaannya untuk status 'World Marathon Major' tidak berhasil. Namun, acara itu mengekalkan status 'Gold Label', satu-satunya di Asia Tenggara yang raih pencapaian sedemikian.
Dalam satu kenyataan, Ironman Asia menyatakan bahawa semasa tempohnya sebagai penganjur, acara itu menyaksikan peristiwa penting seperti kategori 5 kilometer (km) baharu dan maraton malam pertama Singapura.
Acara itu juga dinamakan sebagai acara sukan terbaik tahun ini sebanyak lima kali di Anugerah Sukan Singapura semasa tempoh Ironman Asia.

PENGAJARAN DARIPADA MARATON SEKELILING DUNIA
Ketua pegawai eksekutif (CEO) bersama SG Marathon, Encik Leon Lai dan Cik Patricia Tan, memberitahu Mediacorp mereka berharap dapat mengubah persepsi acara tahunan itu daripada "acara yang menyusahkan" kepada sebuah "acara kebudayaan" yang dinanti-nantikan dan ingin disokong oleh orang ramai di Singapura.
Bagi perlumbaan 2025 pada 6 dan 7 Disember, terdapat beberapa laporan mengenai isu kesesakan manusia dan kebimbangan keselamatan. Dalam perlumbaan malam 2019, terdapat bantahan daripada orang awam disebabkan kesesakan lalu lintas yang disebabkan oleh penutupan jalan raya.
Encik Lai dan Cik Tan, yang kedua-duanya pelari, pernah menyertai maraton luar negara dan percaya ada caranya untuk menyemai minat dalam kalangan orang awam terhadap satu-satunya maraton penuh Singapura.
Encik Lai berkata bahawa beliau pernah menyertai Maraton Berlin, yang merupakan antara yang paling terkenal di dunia, dan terkejut dengan keterujaan pelari lain apabila beliau memberitahu mereka bahawa beliau berasal dari Singapura.
“Mereka sangat berbangga dengan maraton negara mereka ... sangat berbangga kerana orang ramai sanggup menaiki penerbangan jarak jauh untuk berlari (di) sesuatu acara,” katanya.
Cik Tan juga pernah mengambil bahagian dalam Maraton Edinburgh dan melihat orang ramai secara sukarela mengagihkan makanan kepada pelari sambil mereka memberi sorakan.
“Mereka tidak dibayar untuk berbuat demikian. Jadi itulah yang kami ingin capai di Singapura - sekurang-kurangnya jika anda tidak berlari, anda datang dan bersorak,” katanya.

Selain menjadi pelari, Encik Lai dan Cik Tan bukanlah orang baharu dalam menganjurkan acara dan pemasaran.
Encik Lai ialah CEO firma komunikasi Betterment Group, dan mempunyai kepakaran dalam strategi pemasaran dan pengiklanan, manakala Cik Tan ialah CEO Score Sports Management, dan mempunyai pengalaman dalam menganjurkan acara larian di Singapura dan Malaysia.
Namun, memastikan pengalaman perlumbaan yang terbaik di Singapura bukanlah tugas yang mudah.
Encik Lai berkata tiada siapa yang dapat menjamin "acara bebas daripada kegenjotan", tetapi pasukan penganjurnya harus berupaya "merenung diri dan berasa yakin ia sudah mencuba yang terbaik".
Encik Lai berkata bahawa mereka akan menganjurkan acara itu "dari kaca mata seorang pelari". Beliau menyertai enam hingga tujuh acara larian di seluruh dunia setiap tahun, dan mempunyai pemahaman yang baik tentang bagaimana rupa perlumbaan yang teratur.

Apabila ditanya, Standard Chartered tidak mengesahkan sama ada ia akan kekal sebagai penaja utama, hanya mengatakan bahawa ia berharap dapat bekerjasama dengan SG Marathon Pte Ltd dan rakan kongsi lain untuk "membincangkan bagaimana kami boleh terus menyokong acara ini, seperti yang kami lakukan sejak 24 tahun lalu".
Sumber : CNA/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.