Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Pengadil Poland Marciniak kendali aksi akhir Piala Dunia

Anggaran Waktu Membaca:
Pengadil Poland Marciniak kendali aksi akhir Piala Dunia

(Gambar: Juan Mabromata/AFP)

DOHA: Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) telah memilih pengadil dari Poland, Szymon Marciniak untuk mengendalikan perlawanan akhir Piala Dunia pada Ahad (18 Dis) antara Argentina dengan Perancis.

Pengadil berusia 41 tahun itu sebelum ini pernah mengadili perlawanan pusingan 16 antara Argentina dengan Australia dan aksi kumpulan, Perancis bertemu Denmark.

Marciniak akan dibantu dua rakan senegaranya, Pawel Sokolnicki  dan Tomasz Listkiewicz. 

Ketiga tiga mereka pernah bertugas pada kejohanan dunia bawah 18 tahun (B-18) selain Kejuaraan Eropah 2016.

Pertarungan penentuan bagi tempat ketiga antara Croatia dan Maghribi di Stadium Antarabangsa Khalifa pada Sabtu pula akan dikendalikan pengadil dari  Qatar Abdulrahman Al Jassim.

Beliau akan dibantu rakan senegaranya, Taleb Al Marri dan Saoud Ahmed Almaqaleh.

Sumber : Reuters/MU/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan