Penerjun udara tertutup Kyra Poh antara 17 atlit baru dipilih terima Biasiswa Kecemerlangan Sukan
Kyra Poh dari Singapura beraksi di Kejohanan Dunia 2017. (Gambar: SkyVenture Montreal)
SINGAPURA: Penerjun udara tertutup Kyra Poh adalah antara 17 atlit baru daripada lapan sukan yang termasuk dalam program Biasiswa Kecemerlangan Sukan (spexScholarship) bagi kohort 2022.
Ini membawa jumlah keseluruhan Biasiswa Kecemerlangan Sukan kepada 76 atlit dalam 24 sukan, menurut Sport Singapore (SportSG) dalam satu kenyataan media pada Selasa (31 Mei).
Ia merupakan kali pertama program tersebut akan menyokong atlit yang bertanding dalam sukan yang tidak tergolong dalam pertandingan utama seperti sukan Olimpik, sukan Komanwel dan sukan Asia Tenggara (Sukan SEA).
Seramai 47 penerima biasiswa spexScholarship menyertai Sukan SEA baru-baru ini.
Empat puluh tiga daripada mereka membawa pulang sekurang-kurangnya satu pingat dan 22 daripada mereka memenangi sekurang-kurangnya satu pingat emas.
Atlit lawan pedang Singapura, Kiria Tikanah Abdul Rahman yang juga penerima biasiswa berkata bahawa program itu akan memberinya "rangsangan tambahan" yang diperlukan "dari segi pembiayaan dan sokongan untuk berlatih dan bersaing di peringkat lebih tinggi".
Sebanyak 49 pencalonan diterima oleh Institut Sukan Singapura (SSI). Tujuh belas daripada pencalonan tersebut dipilih untuk menyertai program itu tahun ini, menurut SportSG.
Lebih ramai atlit daripada sukan berkumpulan juga akan menerima biasiswa tersebut tahun ini.
Dengan beberapa perlawanan utama yang akan berlangsung tahun ini, pengerusi jawatankuasa pemilihan spexScholarship, Encik Kon Yin Tong berkata bahawa beliau berharap peningkatan tahap sokongan akan memberikan dorongan kepada para atlit untuk "berlatih bersungguh-sungguh, mencapai matlamat dan sasaran prestasi mereka serta membawa kebanggaan kepada negara sebagai satu. Pasukan Singapura".
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.