Pendayung SG Saiyidah Aisyah buka cerita perjalanannya ke Sukan Olimpik Paris
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar fail Saiyidah Aisyah.
SINGAPURA: Lapan tahun selepas mencipta sejarah Singapura di Tasik Tangeum, Korea Selatan, hanya satu perkara sahaja yang berlegar-legar dalam fikiran pendayung negara Saiyidah Aisyah, iaitu untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris.
Meskipun sasarannya serupa dengan matlamat yang ditetapkan pada 2016, beliau kini seorang atlit yang cukup berbeza berbanding lapan tahun lalu.
"Saya melihatnya daripada perspektif yang berbeza sekarang," kata Aisyah, yang mencecah usia 36 tahun pada Sabtu (20 Apr).
"Saya tidak berasa tua, saya berasa lebih berpengalaman, saya berasa seperti seorang kakak kepada beberapa atlit lain."

TIADA MASALAH BERUSIA 36 TAHUN
Aisyah berjaya meraih sejumlah pingat di Sukan SEA dan menjadi tajuk berita pada 2013 selepas memenangi pingat emas pertama Singapura dalam acara sukan dayung peringkat perseorangan.
Beliau kemudian menumpukan perhatiannya kepada Sukan Olimpik Rio.
Tetapi perjalanannya ke Rio bukan mudah kerana beliau terpaksa menggunakan wang simpanannya dan pendanaan awam (crowdfunding) untuk mengumpul dana untuk menampung latihan dan perbelanjaannya bagi Sukan Olimpik Sydney.
Beliau akhirnya berjaya mengumpul S$14,000 dan kedudukan kewangannya bertambah baik selepas beliau dianugerahi biasiswa SpexScholarship, yang memberikan para atlit dengan gaji dan sokongan lain untuk membantu mereka mencapai kejayaan di peringkat Sukan Asia, pertandingan dunia dan Sukan Olimpik.
Aisyah akhirnya akan menjadi pendayung Singapura yang pertama melayakkan diri ke Sukan Olimpik dan menduduki tempat ke-23 di Sukan Olimpik Rio.
Selepas bersara pada 2017, `Aisyah mula menimbangkan untuk membuat kemunculan semula pada lewat tahun lalu.
Tetapi ia adalah keputusan yang sangat sukar untuk dibuat, katanya.
"Saya bersyukur kerana saya mempunyai pekerjaan, saya mempunyai rumah, saya mempunyai suami. Mengapa saya mahu meletakkan diri saya dalam situasi yang tidak selesa, terutamanya jika keputusannya tidak diketahui?" tambah Aisyah.
"Banyak perbelanjaan perlu diketepikan (untuk melakukannya) ... Tentu sekali saya berasa bimbang jika saya gagal mencapainya."
Tetapi pada masa yang sama, beliau mahu mencabar dirinya sendiri.
"Saya berasa sangat kuat dan cergas dan saya ingin mencabar diri saya sendiri untuk melihat seberapa pantas saya boleh mendayung. Saya sentiasa ingin menguji diri sendiri," kata Aisyah.
Berkat kerja kerasnya, Aisyah sekali lagi berjaya melayakkan diri untuk bertanding di Sukan Olimpik. Kali ini, Aisyah ingin lebih menikmati pengalaman itu, sesuatu yang sebenarnya tidak dapat dilakukannya lapan tahun lalu.
"Di Rio, saya sangat tertekan sehingga saya lupa untuk berseronok," katanya. "Saya mahu menikmati pengalaman ini, menjadi diri sendiri, bersaing sebaik mungkin. Terutama sekali daripada perlumbaan terakhir ini, saya pasti mahu melakukan yang lebih baik lagi."
Dan di Paris, lembaran baharu akan bermula untuk warga Singapura ini, yang perjalanan sukannya selama ini telah memberi inspirasi kepada ramai orang di Singapura.
"Ia masih agak sukar untuk saya percaya semua ini, memikirkan (hakikatnya) bahawa jika saya tidak membuat komitmen ini ... beberapa bulan lalu, saya mungkin tidak berkesempatan untuk bertanding di Sukan Olimpik Paris," katanya.
"Saya ingin berkongsi tentang perjalanan saya? Tidak mengapa jika saya sudah berusia 36 tahun, (kita) masih boleh melakukan apa yang dilakukan oleh seseorang yang berusia 20 tahun."

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.