Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Pendayung kayak SG Stephenie Chen akhiri perlumbaan di tempat ke-7 dalam Final C Olimpik Paris

Anggaran Waktu Membaca:
Pendayung kayak SG Stephenie Chen akhiri perlumbaan di tempat ke-7 dalam Final C Olimpik Paris

Pendayung kayak Singapura Stephenie Chen mara ke pusingan akhir K1 500m wanita pada 10 Ogos 2024. (Gambar: AP/Lindsey Wasson)

SINGAPURA: Pendayung kayak Singapura Stephenie Chen mara ke pusingan akhir K1 500m wanita pada Sabtu (10 Ogos).

Bertarung dalam Final C, di mana tidak ada peluang untuk mendapatkan pingat, Chen mengakhiri perlumbaan di tempat ketujuh. Secara keseluruhan, beliau menduduki tempat ke-23 daripada 40 pendayung kayak dengan masa 1 minit 56.55 saat.

Awal dari itu, beliau layak ke pusingan akhir selepas tamat di tempat keenam daripada lapan atlet dalam separuh akhir, selepas mencatat masa 1 minit 55.15 saat.

Chen pendayung kayak Singapura pertama yang berjaya ke pusingan akhir Olimpik.

Beliau menempa tempat dalam Olimpik Paris selepas tamat di tempat ketiga dalam pusingan akhir 500m K1 wanita di Kejohanan Asia ACC Kanu Pecut & Parakanu.

Chen juga merupakan juara lima kali Sukan SEA dan pemenang pingat perak di Sukan Asia 2022.

Di Sukan London 2012, Geraldine Lee gagal melepasi peringkat suku akhir dan tamat di kedudukan ke-22 secara keseluruhan.
Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan