Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Pencak silat ASEAN dicabar negara Asia Tengah

Peraturan baru dalam arena pencak silat dunia bakal mencabar dominasi Asia Tenggara iaitu Malaysia, Indonesia dan Vietnam selain memberi kelebihan kepada negara Asia Tengah.

Anggaran Waktu Membaca:
Pencak silat ASEAN dicabar negara Asia Tengah

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 20 Nov 2021 06:39PM Dikemas Kini : 20 Nov 2021 06:44PM

KUALA LUMPUR: Peraturan baru dalam arena pencak silat dunia bakal mencabar dominasi Asia Tenggara iaitu Malaysia, Indonesia dan Vietnam selain memberi kelebihan kepada negara Asia Tengah.

Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) Megat Zulkarnain Omardin berkata perkembangan terkini menunjukkan negara seperti Kazakhstan, Uzbekistan dan Azerbaijan sudah mula menunjukkan taring dalam acara tempur itu.

“Adalah cukup menarik perhatian kita kerana kita tengok mereka selesa peraturan baru dan mereka suka. Kita kena faham, negara-negara ini fizikal kuat, jadi mereka mula berkembang dan mereka semua ini memang pejuang,” katanya kepada program Sukan Plus Bernama TV.

Selain itu, Megat Zulkarnain berkata atlit dari Asia Tengah dilihat mula menguasai peraturan baru berikutan negara-negara berkenaan membuka sektor sukan mereka pada pascapandemik COVID-19 berbanding di rantau ini yang masih suram.

Katanya, negara-negara di Asia Tengah hampir setiap bulan menganjurkan kejohanan terbuka yang disertai negara serantau.

Antara peraturan baru yang digunakan seperti membenarkan membuat tumbukan Superman, tarik dan pukul, pukul di bahagian belakang vest, pukulan tangan belakang, lompat dan menyiku ke vest, membuat kuncian, sekali gus menjadikan sukan silat lebih menarik ala mempertahankan diri campuran (MMA).

Sementara itu, Megat berkata biarpun berbangga dengan penerimaan pencak silat di seluruh pelosok dunia namun beliau mengingatkan pesilat negara untuk bersedia dengan impak luar biasa yang bakal diterima dalam kejohanan pertama mereka tahun depan.

Kalendar silat dunia akan bermula dengan Pencak Silat Terbuka Belgium bertaraf empat bintang pada Mac 2021, diikuti Sukan SEA pada Mei dan Kejohanan Silat Dunia pada Julai.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan