Skip to main content

Sukan

Penalti Salah bantu Liverpool ikat Man United 2-2

Anggaran Waktu Membaca:
Penalti Salah bantu Liverpool ikat Man United 2-2

Gambar: Paul ELLIS / AFP

Diterbitkan : 08 Apr 2024 10:04AM Dikemas Kini : 08 Apr 2024 11:13AM
MANCHESTER: Manchester United hampir mengejutkan Liverpool di gelanggang Stadium Old Trafford namun penalti pada hujung permainan mengubah segalanya.

Anak buah Erik Ten Hag turun dengan misi besar bagi menamatkan kemarau kemenangan setelah mensia-siakan dua perlawanan terakhir dengan keputusan seri dan kalah.

Liverpool pula mencari 3 mata berharga bagi menghidupkan peluang memburu kejuaraan liga disamping membalas kembali kekalahan kepada United dalam aksi Piala FA tempoh hari.

Luis Diaz meletakkan Liverpool sebagai pendahulu dengan jaringan pada minit ke-23 apabila pasukan itu jelas mendominasi perlawanan dalam separuh masa pertama sebelum Bruno Fernandes dan Kobbie Mainoo menjaringkan gol pada awal separuh masa kedua untuk menghidupkan perlawanan kembali.

Bagaimanapun, Salah berjaya menyamakan kedudukan kembali pada lewat permainan selepas Aaron Wan-Bissaka menjatuhkan Harvey Elliot yang membawa kepada sepakan penalti.

Tamat perlawanan, Manchester United dan Liverpool meraih keputusan seri 2-2 sekali gus berkongsi 1 mata dalam kempen liga.

Liverpool berkongsi mata dengan Arsenal dengan 71 mata dan berada ditangga kedua liga manakala United kekal ditangga ke-6 dengan mengumpul 49 mata.

Sumber : AGENCIES/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita