Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Peminat pertimbangan utama bagi bida beli Man Utd, kata PR SG Zilliacus

Anggaran Waktu Membaca:
Peminat pertimbangan utama bagi bida beli Man Utd, kata PR SG Zilliacus

(Gambar: AFP/Oli SCARFF)

Diterbitkan : 30 Mar 2023 09:43PM Dikemas Kini : 30 Mar 2023 10:55PM
LONDON: Ahli perniagaan dari Finland, Thomas Zilliacus dalam satu temu bual yang diterbitkan pada Khamis (30 Mac) berkata bahawa penyokong Manchester United menjadi pertimbangan utama dalam bidaannya untuk membeli kelab Liga Perdana, sambil menekankan bahawa mereka dapat memberi pandangan mengenai isu-isu utama seperti pembangunan semula di lapangan dan skuad.

Encik Zilliacus yang juga seorang penduduk tetap Singapura, menyertai persaingan baru-baru ini untuk membeli United daripada pemiliknya iaitu keluarga Glazer. Keluarga tersebut mengumumkan pada November bahawa mereka mempertimbangkan untuk menjual pasukan yang telah menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) sebanyak 20 kali itu.

Encik Zilliacus, 69 tahun, yang merupakan pengasas syarikat pelaburan Mobile FutureWorks, merupakan calon ketiga yang menyuarakan hasratnya unutk membeli kelab tersebut.

Sebelum ini, tokoh perbankan dari Qatar Sheikh Jassim Hamad Al Thani dan hartawan Britain Jim Ratcliffe juga menyuarakan minat untuk membeli kelab tersebut.

Kedua-duanya sudah mengemukakan bidaan kedua masing-masing minggu lalu.
 
Dana lindung nilai AS Pengurusan Pelaburan Elliot, yang menjual AC Milan pada harga AS$1.3 bilion (S$1.7 bilion) tahun lalu, dilaporkan telah membuat bidaan bagi taruhan minoriti dalam kelab tersebut.

Raine Group, yang mengendalikan tawaran bagi pihak keluarga Glazer, tidak mendedahkan jumlah tawaran yang diterima, namun bidaan awal difahamkan dalam lingkungan AS$5.5 bilion (S$7.3 bilion).

Keluarga Glazer dilapor meletakkan harga AS$7.4 bilion (S$9.8 bilion) bagi pemenang tiga kali Liga Juara-juara itu.

"Tulang belakang institusi tersebut adalah peminatnya, maka itu mereka adalah pertimbangan utama dalam keputusan yang dibuat," ujar Encik Zilliacus.

Meskipun beliau lewat menyertai persaingan bagi United, Encik Zilliacus menekankan bahawa kumpulan syarikat pelaburannya harus dianggap sebagai calon yang serius.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan