Skip to main content

Sukan

Peminat Manchester United ditikam di Paris

Seorang peminat Manchester dtikam di Paris setelah pasukan itu menewaskan Paris St Germain dalam Liga Juara-Juara, menurut BBC pada Khamis (7 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Peminat Manchester United ditikam di Paris

Gambar hiasan.

Diterbitkan : 08 Mar 2019 09:24AM Dikemas Kini : 08 Mar 2019 09:29AM

PARIS: Seorang peminat Manchester dtikam di Paris setelah pasukan itu menewaskan Paris St Germain dalam Liga Juara-Juara, menurut BBC pada Khamis (7 Mac).

Menurut laporan, penyokong berusia 44 tahun itu menjalani pembedahan kecemasan bagi kecederaan di bahagian dadanya menyusuli satu insiden dalam sebuah teksi.

"Kami sedang berhubung dengan pihak berkuasa Perancis menyusuli satu insiden melibatkan seorang lelaki warga Britain pada 6 Mac dan bersedia menawarkan bantuan sekiranya diperlukan," menurut Pejabat Luar Negara dalam satu kenyataan.

Manchester United menewaskan pasukan juara Perancis PSG 3-1 pada Rabu setelah kalah dalam perlawanan pertama 2-0 namun mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara dengan kelebihan gol di padang lawan.

Sumber : Reuters/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita