Pemilik New England Patriots minta maaf setelah didakwa langgani pelacur
Pemilik juara NFL New England Patriots, Robert Kraft memohon maaf pada Sabtu (23 Mac) dalam satu kenyataan, sekaligus menjadikan komen itu yang pertama sejak beliau didakwa dengan tuduhan mendapatkan khidmat pelacur di Florida pada bulan lalu.

Pemilik juara NFL New England Patriots, Robert Kraft (kiri). (Gambar: Maddie Meyer/AFP)
MIAMI: Pemilik juara NFL New England Patriots, Robert Kraft memohon maaf pada Sabtu (23 Mac) dalam satu kenyataan, sekaligus menjadikan komen itu yang pertama sejak beliau didakwa dengan tuduhan mendapatkan khidmat pelacur di Florida pada bulan lalu.
Hartawan berusia 77 tahun itu didakwa melanggani pelacur sebanyak dua kali pada Januari.
Encik Kraft dipercayai melanggani sebuah rumah urut di Selatan Florida, selain membuat bayaran bagi mendapatkan khidmat seks.
Ini terbongkar menyusuli siasatan polis terhadap pemerdagangan manusia dan wanita yang dipaksa melacurkan diri.
"Saya benar-benar minta maaf," kata Encik Kraft. "Saya tahu bahawa saya sudah menyakiti dan mengecewakan keluarga saya, rakan-rakan saya, para pekerja, para penyokong dan para individu yang menghormati saya."
Sebelum ini, Encik Kraft tidak mengaku bersalah atas dua tuduhan mendapatkan khidmat pelacur. Encik Kraft juga tidak mahu mengulas lanjut sehingga kenyataannya dikeluarkan kepada ESPN, NBC, ABC dan media lain.
"Bagi menghormati proses kehakiman, saya sudah mendiamkan diri sejak beberapa minggu lalu," menurut Encik Kraft. "Saya ingin menggunakan peluang ini untuk memberitahu sesuatu yang saya ingin katakan sejak empat minggu lalu."
Kelab milik Encik Kraft, yang menewaskan Los Angeles Rams bulan lalu untuk menjuarai Super Bowl buat kali ketiga dalam lima musim, berkata bahawa mendiang isterinya Myra pernah membantunya untuk menghargai dan menghormati kaum wanita.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.