Skip to main content

Sukan

Pemegang rekod dunia paralimpik S'pura Theresa Goh umum bersara

Pemegang rekod dunia dan pingat paralimpik Singapura Theresa Goh mengumumkan persaraannya daripada acara berenang.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 16 Sep 2019 08:01PM Dikemas Kini : 17 Sep 2019 12:42AM

SINGAPURA: Pemegang rekod dunia dan pingat paralimpik Singapura Theresa Goh mengumumkan persaraannya daripada acara berenang.

Dalam catatan Facebooknya Theresa berkata kerjayanya selama 20 tahun lebih baik daripada apa yang beliau impikan.

Perenang berusia 32 tahun itu menambah bahawa segala pengorbanan "titik peluh dan air mata" yang dititiskan sangat berharga sambil melahirkan hasrat untuk terus menyumbang kepada masyarakat.

Goh dilahirkan lumpuh dari bahagian pinggang. Beliau merupakan juara renang dunia pertama Singapura dan juga pemenang pingat gangsa paralimpik.

Goh memegang rekod dunia untuk kategori kuak dada SB4 50 meter dan 200 meter. Dua tahun yang lalu, beliau disertakan dalam "Hall of Fame" Sukan Singapura.

Sumber : CNA/RR/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita