Pembangkang Korea Selatan bantah delegasi Korea Utara hadiri upacara penutup Sukan Olimpik
Kontroversi tercetus dua hari sebelum upacara penutup Sukan Olimpik Musim Sejuk di Pyeongchang.
SEOUL: Kontroversi tercetus dua hari sebelum upacara penutup Sukan Olimpik Musim Sejuk di Pyeongchang.
Pihak pembangkang Korea Selatan membantah delegasi peringkat tinggi Korea Utara yang akan menghadiri upacara tersebut.
Korea Utara mengesahkan bekas ketua perisikan Kim Yong Choi akan mengetuai delegasi Korea Utara ke upacara penutup Sukan Olimpik Musim Sejuk di Pyeongchang.
Kim dituduh menjadi dalang dua serangan ke atas Korea Selatan lapan tahun lalu.
Dalam satu serangan torpedo ke atas sebuah kapal Korea Selatan, 46 orang pelaut terbunuh.
Dalam serangan bom ke atas pulau Yeonpyeong pula, empat orang terbunuh.
Pihak pembangkang Korea Selatan membantah lawatan Kim yang dianggap satu penghinaan kepada Seoul.
Mereka menuduh Presiden Moon Jae-in mengampu dan membiarkan Korea Utara mengambil kesempatan daripada Korea Selatan.
Lebih-lebih lagi, Presiden Moon dijadualkan menemui Jeneral Kim.
Presiden Moon juga dijangka menemui Cik Ivanka Trump, anak dan juga penasihat kepada Presiden Trump yang akan menghadiri upacara penutup Sukan di Pyeongchang.
Terdapat spekulasi, Cik Ivanka akan juga menemui delegasi Korea Utara.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.