Pemandu Ferrari Carlos Sainz juara Grand Prix F1 Australia
Anggaran Waktu Membaca:
MELBOURNE: Pemandu Ferrari Carlos Sainz menjuarai Grand Prix Australia pada Ahad (24 Mac) dua minggu selepas menjalani pembedahan apendiks.
Ini selepas juara dunia Max Verstappen tersingkir buat pertama kali dalam dua tahun.
Sainz, satu-satunya pemandu bukan Red Bull untuk memenangi perlumbaan pada musim lalu, dapat melepasi rakan sepasukan Charles Leclerc sebelum pemandu Mercedes George Russel mengalami kemalangan pada pusingan terakhir.
Ia menyebabkan kereta keselamatan virtual dikerahkan dan memudahkan laluan pemandu Sepanyol itu meraih kemenangan.
"Saya fikir ia perlumbaan yang baik. Saya rasa senang di litar perlumbaan,' kata Sainz, yang terlepas daripada perlumbaan kedua musim ini di Arab Saudi ketika dia pulih berikutan pembedahan yang dijalani.
Pemandu Britain Lando Norris berada di tempat ketiga untuk pasukan McLaren, serta menghalang harapan rakan sepasukan Oscar Piastri yang menduduki tempat keempat, untuk menjadi pemandu tuan rumah pertama menduduki podium di perlumbaan F1 Australia.
Norris kini mencatat kedudukan podium paling banyak (14) tanpa memenangi sebarang kejuaraan F1.
Leclerc mencatatkan pusingan terpantas untuk menamatkan hari yang produktif untuk Ferrari, yang kini hanya empat mata di belakang Red Bull dalam senarai pengeluar kereta terbaik.
Verstappen masih mendahului senarai pemandu terbaik, berikutan kemenangannya di Bahrain dan Arab Saudi. Pemain Belanda itu mempunyai 51 mata di depan Leclerc yang mempunyai 47 mata.
Sergio Perez dari pasukan Red Bull, menduduki tempat kelima, satu mata di belakang Leclerc, dengan Sainz melonjak ke tangga keempat dalam kedudukan, 11 mata di belakang Verstappen.
Verstappen bermula di petak pertama buat kali ketiga musim ini, namun terpaksa menarik diri pada pusingan keempat disebabkan masalah brek, apabila api terkeluar daripada bahagian belakang kanan keretanya.
Ia merupakan perlumbaan pertama yang tidak dapat ditamatkannya sejak perlumbaan di Albert Park pada 2022. Insiden itu juga menamatkan kemenangan kesembilan berturut-turut baginya.
Juara dunia tujuh kali Lewis Hamilton juga terpaksa menarik diri selepas mengalami masalah unit kuasa selepas memulai perlumbaan di petak ke-11, berikutan pusingan kelayakannya yang paling teruk di Melbourne sejak 2010.

Sumber : Reuters/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.