Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Pemandu F1 Lewis Hamilton bakal meterai kontrak baru Mercedes "dalam beberapa minggu ini"

Anggaran Waktu Membaca:
MONACO: Lewis Hamilton pada Khamis (25 Mei) menafikan semua laporan yang menyatakan beliau dihubungi Ferrari dan berkata beliau akan melanjutkan kontrak bersama Mercedes dalam "beberapa minggu ini".

Kontrak semasa juara dunia tujuh kali itu tamat tahun ini.

Beliau sudah berbincang dengan pengurus Mercedes, Toto Wolff selama beberapa bulan, tetapi baru-baru ini menyerahkan tugas untuk menyelesaikan kontrak terakhirnya dalam Formula One kepada pasukan pengurusan peribadinya.

"Saya fikir, secara semula jadi, apabila anda dalam rundingan kontrak sentiasa ada spekulasi," Hamilton, 38 tahun, memberitahu sidang media di Grand Prix Monaco.

"Tetapi, melainkan anda mendengarnya daripada saya, ia akan hanya kekal spekulasi. Ada individu tertentu di dalam bilik ini yang menulis sekurang-kurangnya salah satu daripadanya - saya tidak tahu, tetapi mungkin dengan hujung minggu lalu dibatalkan, mereka bosan.

"Tetapi pasukan saya bekerja rapat di belakang tabir dengan Toto dan kami hampir mencapai tahap kontrak siap. Saya memastikan pasukan tertumpu pada hal itu supaya saya boleh melakukan tugas saya.

"Ia adalah kedudukan yang lebih baik berbanding sebelum ini kerana saya pernah melakukan rundingan sendiri dan ia membuat saya sangat tertekan. Saya tidak perlu berbuat demikian lagi."

Beliau menambah, apabila ditanya, beliau berharap kontrak itu akan selesai "mudah-mudahan dalam beberapa minggu akan datang"

Penafian Hamilton terhadap sebarang pendekatan daripada Ferrari berikutan penolakan sebelum ini spekulasi oleh ketua pasukan Ferrari, Fred Vasseur.

Hamilton juga berkata walaupun mengalami kemarau panjang sejak Grand Prix Arab Saudi 2021, beliau tetap berminat untuk kekal bersama Mercedes.
Sumber : AFP/HY/hy

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan