Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Pemain tenis meja S'pura dalam temu bual Olimpik bersama jurukamera Jepun positif COVID-19

Pemain tenis meja Singapura dan pengurus pasukan negara terlibat dalam temu bual Sukan Olimpik yang turut dihadiri oleh seorang jurukamera dari Jepun yang kemudiannya disahkan positif COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Pemain tenis meja S'pura dalam temu bual Olimpik bersama jurukamera Jepun positif COVID-19

Kemudahan latihan pasukan tenis meja S'pura di Bandar Shimada di Jepun (Gambar: Bandar Shimada)

Diterbitkan : 04 Jul 2021 02:46PM Dikemas Kini : 04 Jul 2021 02:49PM

SINGAPURA: Pemain tenis meja Singapura dan pengurus pasukan negara terlibat dalam temu bual Sukan Olimpik yang turut dihadiri oleh seorang jurukamera dari Jepun yang kemudiannya disahkan positif COVID-19.

Pasukan negara yang berangkat ke Jepun pada 27 Jun kini berpangkalan di Bandar Shimada di wilayah Shizuoka bagi persiapan menjelang Sukan Olimpik Tokyo.

Wawancara yang melibatkan jurukamera Jepun itu diadakan pada 29 Jun.

Menjawab pertanyaan Mediacorp pada Sabtu (3 Jul), pengurus prestasi tinggi Persatuan Tenis Meja Singapura (STTA), Eddy Tay berkata: “Saya dan salah seorang pemain kita diwawancara oleh media Jepun dalam satu sidang media yang dianjurkan oleh pihak berkuasa bandar Shimada pada 29 Jun.

"Kami diberitahu bahawa salah seorang jurukamera Jepun yang menghadiri sidang media itu diuji positif COVID-19 selepas itu."

STTA bagaimanapun tidak mendedahkan nama pemain Singapura itu.

Encik Tay mengatakan bahawa sepanjang wawancara itu, mereka menjaga jarak fizikal sekurang-kurangnya 3 meter dari pihak media dan sentiasa memakai pelitup.

"Para anggota pasukan yang lain tidak berinteraksi dengan pihak media dan berada pada jarak 10m," tambahnya. "Seluruh pasukan kami menjalani ujian COVID-19 setiap hari dan sejauh ini diuji negatif."

Menurut Asahi Shimbun, pasukan tenis meja Singapura meminta untuk tidak diwawancara menyusuli kes COVID-19 itu.

Menurut laporan akhbar tersebut, jurukamera yang terjejas berusia 30-an tahun dan tidak bergejala ketika wawancara berkenaan diadakan.

Beliau juga tidak dianggap sebagai kontak rapat para pemain kerana hanya terlibat dalam penggambaran untuk jangka masa yang singkat, memakai pelitup dan menjaga jarak selamat, tambah laporan itu.

Sukan Olimpik Tokyo ditunda selama setahun disebabkan oleh pandemik tersebut dan ia dijadual bermula pada 23 Julai.

Singapura akan diwakili oleh Feng Tianwei, Yu Mengyu dan Lin Ye dalam acara berpasukan bagi tenis meja wanita. Clarence Chew pula adalah wakil tunggal Singapura bagi kategori pemain lelaki.

Sebagai Rangkaian Olimpik Singapura, Mediacorp akan membawakan liputan yang meluas bagi Sukan Olimpik Tokyo 2020. Lungsuri sg/tokyo2020 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan