Pemain tenis meja negara Zhou Jingyi layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Singapore Table Tennis Association)
SINGAPURA: Pemain tenis meja negara Zhou Jingyi berjaya menempah tempat di Sukan Olimpik Paris 2024, menyertai rakan-rakan sepasukannya Izaac Quek dan Zeng Jian.
Dia layak ke Sukan Paris yang berlangsung dari 26 Julai hingga 11 Ogos, berdasarkan ranking Asianya.
Berusia 19 tahun, Zhou merupakan pemain tenis meja wanita termuda kelahiran Singapura untuk layak ke temasya Olimpik, menurut Persatuan Tenis Meja Singapura pada Rabu (12 Jun).
Remaja itu, yang hanya membuat penampilan sulungnya dua tahun lalu di Sukan SEA Hanoi 2022, juga akan menjadi pemain tenis meja wanita pertama kelahiran Singapura untuk mengambil bahagian dalam pertandingan perseorangan.
Zhou, yang merupakan pemain wanita kelahiran Singapura kedua yang layak ke Sukan itu selepas Tan Paey Fern pada 2004, berkata: "Sepanjang tahun lalu, kami melakukan lawatan ke merata dunia untuk membuat persiapan bagi Sukan Olimpik. Ia sesuatu yang meletihkan dari segi fizikal dan mental, terutamanya dengan kecederaan.
"Bagaimanapun, saya dapat meningkatkan (kemahiran) dengan ketara, berkat banyak peluang untuk mengambil bahagian dalam pertandingan."
Penyertaannya di temasya itu merupakan pertandingan terbesar bagi Zhou. Namun, pemenang pingat emas acara berpasukan di Sukan Komanwel Birmingham 2022 itu tidak gentar.
"Kelayakan ke Sukan Olimpik sangat bermakna bagi saya, kerana ia merupakan matlamat saya sejak hari pertama lagi," katanya.
“Saya akan memberi tumpuan kepada setiap perlawanan dan menimba pengalaman serta pendedahan di pentas unik ini. Seperti mana-mana pertandingan lain, saya berharap dapat memberi fokus dan melakukan yang terbaik dengan kemampuan saya.”
Quek dan Zeng akan menyertainya di Paris selepas memenangi perlawanan akhir perseorangan masing-masing di Kejohanan Kelayakan Serantau Asia Tenggara di Bangkok.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.