Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Pemain Tampines Rovers diuji positif COVID-19 sekembalinya dari Liga Juara-Juara AFC di Uzbekistan

Seorang anggota skuad Tampines Rovers yang baru-baru ini ke Tashkent, Uzbekistan diuji positif COVID-19, dedah kelab bola sepak itu dalam satu kenyataan pada Rabu (15 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Pemain Tampines Rovers diuji positif COVID-19 sekembalinya dari Liga Juara-Juara AFC di Uzbekistan

(Gambar: Facebook/Tampines Rovers)

Diterbitkan : 14 Jul 2021 07:19PM Dikemas Kini : 14 Jul 2021 07:23PM

SINGAPURA: Seorang anggota skuad Tampines Rovers yang baru-baru ini ke Tashkent, Uzbekistan diuji positif COVID-19, dedah kelab bola sepak itu dalam satu kenyataan pada Rabu (15 Jun).

The Stags berada di ibu kota Uzbekistan sebelum ini untuk bermain di peringkat kumpulan Liga Juara-Juara AFC menentang pasukan Jepun Gamba Osaka, pasukan Thailand Chiangrai United dan pasukan Korea Jeonbuk Motors.

Pasukan Singapura tampil dalam enam perlawanan, namun gagal memperoleh walau satu mata.

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook, kelab itu menyatakan bahawa pemain tersebut disahkan positif setibanya di Lapangan Terbang Changi. Beliau tidak menunjukkan sebarang gejala sebelum menjalani ujian.

"Semua anggota rombongan kami mematuhi protokol ketat dan menjalani ujian kerap COVID-19 sebelum setiap perlawanan di Tashkent," tambah kenyataan Tampines Rovers.

Anggota-anggota lain dalam skuad tersebut sedang menjalani kuarantin dua minggu di hotel khusus yang disediakan mengikut protokol Kementerian Kesihatan, tambah kelab itu.

"Kami doakan beliau cepat sembuh dan ingin merakamkan penghargaan kepada Persatuan Bola Sepak Singapura dan Kementerian Kesihatan, Singapura atas semua bantuan yang mereka hulurkan kepada kami," kata Tampines Rovers.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan