Pemain SG, Paul Lim, 71, muncul sebagai pemenang tertua perlawanan di Kejohanan Dart Dunia
Setahun selepas Luke Littler menjadi pemenang termuda Kejohanan Dart Dunia PDC, Paul Lim yang berusia 71 tahun pada Sabtu (13 Dis) menjadi pemenang perlawanan tertua dalam sejarah kejohanan itu.
Anggaran Waktu Membaca:
LONDON: Setahun selepas Luke Littler menjadi pemenang termuda Kejohanan Dart Dunia PDC, Paul Lim yang berusia 71 tahun pada Sabtu (13 Dis) menjadi pemenang tertua perlawanan dalam sejarah kejohanan itu.
Di bawah sorakan para penonton di Alexandra Palace, Lim mengejutkan pemain Sweden kelahiran Belanda, Jeffrey de Graaf.
Pemain tertua sebelum ini yang memenangi satu pusingan ialah John MaGowan dari Ireland Utara pada 2008 ketika beliau berusia 67 tahun.
Lim akan berdepan bekas juara dunia, Luke Humphries, dalam pusingan seterusnya, seorang pemain yang pernah dikalahkannya dalam kejohanan itu lima tahun lalu.
“Jadi saya berharap pada hari tertentu ia boleh berlaku lagi (jika saya menentangnya), tetapi saya tidak pernah berputus asa. Dia bagus, tetapi dia boleh dikalahkan,” kata Lim, yang dikenali sebagai Singapore Slinger, selepas kemenangan 3-1 itu.
Ketahanan Lim menjadikannya antara nama paling ikonik dalam sukan dart, dan pada 1990, beliau menjadi pemain pertama untuk mendapatkan "nine-darter" dalam kejohanan dunia BDO.
Littler, yang menjuarai kejohanan itu pada Januari pada usia 17 tahun, memulakan kempennya pada Khamis dengan kemenangan 3-0 ke atas Darius Labanauskas.

Sumber : Reuters/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.