Skip to main content

Sukan

Pemain sayap Borussia Dortmund, Jamie Gittens ikat kontrak 7 tahun dengan Chelsea

Anggaran Waktu Membaca:
Pemain sayap Borussia Dortmund, Jamie Gittens ikat kontrak 7 tahun dengan Chelsea

Pemain sayap Borussia Dortmund, Jamie Gittens. (Gambar: INA FASSBENDER / AFP)

Diterbitkan : 06 Jul 2025 08:40AM Dikemas Kini : 06 Jul 2025 08:41AM
LONDON: Chelsea mengumumkan sudah melengkapkan pembelian Jamie Gittens daripada Borussia Dortmund dengan kontrak sehingga 2032 pada nilai dilaporkan sebanyak £55 juta (S$95 juta), lapor PA Media/dpa.

Pemain sayap itu menandatangani kontrak selama tujuh tahun bersama The Blues tetapi tidak layak untuk beraksi dalam baki kempen Piala Dunia Kelab FIFA kerana telah beraksi bersama kelab Jerman tersebut sebelum ini.

Gittens membuat 76 penampilan dalam Bundesliga bersama Dortmund dengan menjaringkan 12 gol dan turut beraksi dalam kempen Liga Juara-Juara Eropah pasukan tersebut.

Pemain berusia 20 tahun itu menjadi pemain ketiga yang menyertai Stamford Bridge semasa musim panas ini selepas Liam Delap daripada Ipswich Town dan Joao Pedro dari Brighton & Hove Albion.

“Ia satu perasaan yang hebat,” kata Gittens kepada laman web Chelsea.

“Ia satu perasaan yang luar biasa untuk menyertai kelab besar seperti Chelsea.

“Saya tidak sabar untuk belajar daripada semua pemain dalam pasukan dan memacu diri saya ke tahap maksimum di sini. Ia satu perasaan yang menakjubkan,” katanya lagi.

Gittens merupakan produk akademi Manchester City dan akan bermain bersama rakan lepasan akademi yang sama seperti Cole Palmer, Romeo Lavia, Delap dan Tosin Adarabioyo di Stamford Bridge.
Sumber : Bernama/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita