Pemain pertahanan Tottenham Hotspur, Djed Spence, Muslim pertama main untuk England
Pemain pertahanan Tottenham Hotspur, Djed Spence, mencipta sejarah pada Selasa apabila menjadi pemain Muslim pertama yang bermain untuk pasukan senior bola sepak England. Dia masuk sebagai pemain gantian dalam perlawanan menentang Serbia di Belgrade.
Pengurus England, Thomas Tuchel, memberi arahan kepada pemain England, Djed Spence, sebelum beliau dimasukkan sebagai pemain gantian. (Gambar: REUTERS/Andrew Boyers)
Spence, 25 tahun, menggantikan pemain Chelsea, Reece James, pada minit ke-69 dalam kemenangan 5-0 England dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia.
"Ini adalah detik yang patut diraikan untuk Muslim Britian," kata Ebadur Rahman, pengasas Nujum Sports, sebuah pertubuhan yang menyokong lebih 400 atlet Muslim melalui nasihat keagamaan dan kaunseling profesional, sebelum perlawanan.
"Djed mempunyai tanggungjawab besar di bahunya - beliau bukan sahaja bermain untuk England, beliau juga bermain untuk Muslim di seluruh dunia kerana beliau kini menjadi suri teladan yang memecahkan halangan."
Penampilan pertama Spence untuk England adalah detik penting bagi Muslim Britain yang kurang diwakili dalam bola sepak profesional di negara itu, walaupun mereka membentuk enam peratus daripada jumlah penduduk.
"Kita tidak pernah mempunyai pemain Muslim yang berjaya," kata Yunus Lunat, seorang jurulatih akar umbi dan bekas pengerusi lembaga penasihat kesaksamaan kaum Persatuan Bola Sepak (FA), kepada BBC. "Muslim tidak mendapat peluang yang mencukupi atau suri teladan yang mencukupi untuk pemain muda yang bercita-cita tinggi.
"Agak tidak baik bahawa ia mengambil masa sehingga 2025 untuk seorang Muslim bermain untuk England."
Spence yang dilahirkan di London memulakan kerjaya profesionalnya bersama Middlesbrough sebelum menyertai Tottenham pada 2022. Selepas permulaan yang sukar dengan kelab London itu dan dipinjamkan, beliau kini menjadi sebahagian penting daripada skuad dan bermain dalam kemenangan perlawanan akhir Liga Europa mereka musim lalu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.