Pemain pertahanan Liverpool mungkin terpaksa berehat 6-9 bulan susuli kecederaan serius
Anggaran Waktu Membaca:
Pemain pertahanan Liverpool mungkin terpaksa rehat berbulan lamanya susuli kecederaan. (Gambar: REUTERS/Phil Noble)
LIVERPOOL: Pemain pertahanan Liverpool, Giovanni Leoni, dijangka berehat selama beberapa bulan selepas mengalami kecederaan serius dalam penampilan sulungnya untuk pasukan tersebut.
Media Britain melaporkan Leoni dipercayai mengalami kecederaan ligamen krusiat anterior (ACL) dalam kemenangan 2-1 Liverpool ke atas Southampton dalam perlawanan Piala Liga pada Selasa (23 Sep).
Dalam perlawanan pertamanya menyarung jersi pasukan Liverpool, Leoni menunjukkan prestasi yang baik. Namun, pada minit ke-81, pemain muda itu tersungkur selepas dijatuhkan di tepi padang dan terpaksa diusung keluar.
“Ini bukan penampilan pertama yang saya impikan, tetapi saya akan berikan segala-galanya untuk kembali beraksi di stadium menakjubkan ini secepat mungkin,” tulis Leoni dalam satu kenyataan di media sosial sambil mengucapkan terima kasih kepada para penyokong atas sokongan mereka.
Kecederaan ACL biasanya mengambil masa selama enam hingga sembilan bulan untuk pulih sepenuhnya.
Pemain antarabangsa Itali berusia 18 tahun itu menyertai Liverpool dari Parma dengan yuran perpindahan bernilai 26 juta paun (S$S45 juta).

Sumber : Reuters/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.