Pemain negara Loh Kean Yew tempah aksi peringkat akhir Terbuka Indonesia
Pemain badminton Singapura Loh Kean Yew menempah tempat ke peringkat akhir perseorangan lelaki Terbuka Indonesia selepas menewaskan pemain nombor 13 dunia dari Denmark, Rasmus Gemke 21-14, 21-7 dalam masa 42 minit pada Sabtu (27 Nov).

Pemain badminton negara, Loh Kean Yew beraksi di peringkat kumpulan badminton perseorangan lelaki di Sukan Olimpik Tokyo 2020. (Gambar: Alexander NEMENOV/AFP)
SINGAPURA: Pemain badminton Singapura Loh Kean Yew menempah tempat ke peringkat akhir perseorangan lelaki Terbuka Indonesia selepas menewaskan pemain nombor 13 dunia dari Denmark, Rasmus Gemke 21-14, 21-7 dalam masa 42 minit pada Sabtu (27 Nov).
Ini merupakan kali kedua Lo mengalahkan lawannya dari Denmark itu bulan ini, kali pertama di Terbuka Hylo di Jerman, untuk memenangi kejohanan tersebut.
Gemke memberikan tentangan sengit dalam permainan pembukaan tetapi tidak pernah berada dalam jarak pukulan hebat daripada pemain Singapura yang berusia 24 tahun itu.
Perlawanan kedua lebih mudah buat Loh apabila dia mendahului hampir keseluruhan permainan, sebelum menang dengan bergaya.
Kemenangan itu bermakna pemain nombor 26 dunia Singapura itu layak ke peringkat akhir kejohanan Super 1000 pertamanya dan akan menentang pemain nombor dua dunia serta pemenang pingat emas Olimpik, Viktor Axelsen.
Axelsen tidak asing bagi Loh, dengan warga Singapura itu pada awal tahun ini mengambil bahagian dalam latihan selama sebulan bersama juara Olimpik tersebut dan empat pemain lain dari seluruh dunia di Dubai.
Loh menunjukkan prestasi cemerlang di kejohanan Terbuka Indonesia, setelah mengejutkan pemain nombor satu dunia Kento Momota pada pusingan 16. Ini adalah kemenangan pertama Loh ke atas juara dunia Jepun itu.
Semalam, warga Singapura itu dengan mudah menumpaskan rakan senegara Gemke, Hans-Kristian Vittinghus pada peringkat suku akhir. Loh hanya mengambil masa 25 minit untuk menewaskan pemain nombor 21 dunia Vittinghus.
Loh memenangi gelaran Super 500 Jelajah Dunia BWF di Terbuka Hylo awal bulan ini. Dia juga merangkul mahkota Terbuka Belanda pada Oktober.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.