Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Pemain Manchester United Greenwood digantung susuli tuduhan rogol

Anggaran Waktu Membaca:

LONDON: Manchester United menggantung pemain bola sepak Mason Greenwood pada Ahad (30 Jan), satu tindakan menyusuli tuduhan online bahawa seorang pemain bola sepak yang berusia 20 tahun menyerang seorang wanita secara seksual. 

Dalam satu kenyataan awal pada Ahad (30 Jan), kelab tersebut menyatakan bahawa ia "sedia maklum gambar-gambar dan dakwaan yang tular di media sosial", sambil menambah bahawa ia tidak akan memberi komen lebih lanjut sebelum fakta-fakta kes tersebut disahkan. 

"Manchester United tidak menerima sama sekali sebarang keganasan." 

Dalam satu lagi kenyataan yang dikeluarkan kemudian, United menyatakan bahawa "Mason Greenwood tidak akan kembali menjalani latihan ataupun bermain dalam perlawanan buat sehingga dimaklumkan kelak." 

Reuters bagaimanapun tidak dapat menghubungi Greenwood ataupun wakilnya. BBC melaporkan bahawa Greenwood belum membalas dakwaan-dakwaan di media sosial. 

Tuduhan terhadap Greenwood, yang termasuk rakaman video, gambar-gambar dan rakaman suara, dimuat naik ke Instagram pada pagi Ahad (30 Jan) dan kemudian dipadamkan. 

Polis Greater Manchester menyatakan seorang lelaki diberkas kerana disyaki merogol dan menyerang seorang wanita dan ditahan untuk disoal siasat setelah gambar-gambar dan rakaman video dimuat naik di media sosial oleh seorang wanita yang membuat aduan tentang insiden-insiden keganasan fizikal. 

Polis bagaimanapun tidak mendedahkan nama pelakunya.

"Satu siasatan sudah dilancarkan dan menyusuli pertanyaan yang diterima, kami boleh mengesahkan bahawa seorang lelaki berusia 20an tahun sudah pun diberkas kerana disyaki merogol dan menyerang (seorang wanita)," menurut pihak polis dalam satu kenyataan. 

Greenwood menjaringkan 6 gol dan membantu 2 jaringan gol dalam 24 perlawanan bagi United pada musim ini. Dia memulakan kerjayanya di akademi United dan pernah sekali mewakili pasukan kebangsaan England.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan