Pemain Golf Shannon Tan wanita SG pertama layak ke peringkat akhir Major
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pemain golf Singapura, Shannon Tan, sekali lagi mengukir sejarah.
Selepas menjadi wanita Singapura pertama yang memenangi Jelajah Eropah Wanita pada Februari, beliau meluangkan masa di Perancis pada musim panas.
Beliau kemudian menjadi wakil pertama Singapura dalam Major wanita di Kejohanan Evian pada bulan Julai dan seterusnya menjadi pemain golf pertama yang bermain di Sukan Olimpik pada bulan selepas itu.
Pada Jumaat (23 Ogos) pula, di Terbuka Wanita di St Andrews, beliau menjadi wanita Singapura pertama yang mendapat tempat dalam Major. Ini bermakna beliau akan bersaing dalam dua pusingan terakhir kejohanan tersebut.
Tan berjaya melepasi had empat pukulan di atas par dengan selesa, mencatatkan skor tiga di bawah par 69 di Old Course pada hari Jumaat. Selepas dua pusingan, skor keseluruhan Tan adalah tepat pada paras par kejohanan.
Beliau kini berkongsi tempat ke-21, lapan pukulan di belakang pendahulu – dan nombor satu dunia – Nelly Korda dari Amerika Syarikat.
Masa tee pusingan ketiga Tan dijadualkan pada pukul 12.10 petang waktu tempatan (7.10 malam waktu Singapura). Beliau akan digandingkan dengan Caroline Inglis dari Amerika.
Antara nama-nama besar yang gagal mara ke pusingan Major termasuk nombor tiga dunia Jin Young Ko dari Korea Selatan, nombor 11 dunia dan juara bertahan Terbuka Wanita Amerika, Yuka Saso dari Jepun, serta nombor 13 dunia Minjee Lee dari Australia.
Ketiga-tiga pemain yang disebutkan sudah dua kali menang Major.

Sumber : CNA/AQ/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.