Pemain golf SG Shannon Tan menang Masters Jerman; kejuaraan sulung di Eropah & kedua sejak jadi pemain profesional
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pemain golf Singapura Shannon Tan memperoleh kemenangan keduanya dalam Jelajah Eropah Wanita selepas muncul juara di Amundi Masters Jerman 2025 pada Ahad (29 Jun).
Pemain berusia 21 tahun itu tamat perlawanan dengan kelebihan tiga atas par 76. Shannon menggulung perlawanan dengan skor keseluruhan sembilan bawah par 283 di Padang Golf Green Eagle di Winsen (Luhe).
Helen Briem dari Jerman menyusul di tempat kedua, manakala Amelia Garvey dari New Zealand ketinggalan dua pukulan, menempatkannya di tempat ketiga.
Perlawanan akhir menjadi lebih mendebarkan apabila 'bogey' pada minit ke-13 dan ke-17 menghadkan Tan kepada hanya satu pukulan.
Dia memerlukan par, pada par lima bagi lubang ke-18 untuk meraih kemenangan.
Pemain yang menduduki tangga ke-117 dalam senarai dunia itu akur tentang keadaan yang mencabar pada hari terakhir.
Tan berkata bahawa persaingan bertambah sengit, lantas menjadikan pemilihan kelab lebih sukar.
Kejayaan Tan adalah kemenangan pertamanya pada musim 2025 dan yang kedua sejak menjadi pemain profesional tahun lalu.
Kemenangan pertamanya merupakan penampilan sulung beliau dalam Jelajah Eropah Wanita di Terbuka Wanita Magical Kenya 2024.

Sumber : CNA/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.