Pemain golf M'sia Arie Irawan meninggal dunia dalam bilik hotel di Hainan
Pemain golf warga Malaysia Arie Irawan meninggal dunia pada Ahad (7 Apr) kerana "sebab-sebab biasa" di bilik hotelnya di pulau peranginan China di Hainan. Demikian menurut Persatuan Pemain Golf Profesional (PGA) dalam satu kenyataan. Arie berusia 28 tahun.
HONG KONG: Pemain golf warga Malaysia Arie Irawan meninggal dunia pada Ahad (7 Apr) kerana "sebab-sebab biasa" di bilik hotelnya di pulau peranginan China di Hainan. Demikian menurut Persatuan Pemain Golf Profesional (PGA) dalam satu kenyataan. Arie berusia 28 tahun.
Arie, yang mula bermain secara profesional pada 2013 dan muncul juara di dua acara Jelajah Pembangunan Asia pada 2015, terlepas peluang bertanding di Kejuaraan Sanya, iaitu acara kedua PGA Siri China.
"Jelajah PGA dan Pertubuhan Golf China meratapi kehilangan salah satu anggota kami dan berkongsi ucap takziah dengan isteri Arie, Marina, dan ibu bapanya, Encik Ahmad dan Cik Jeny," tambah kenyataan PGA Tour itu.
"Apabila musibah sebegini berlaku dalam arena golf, kami semua berduka cita pada masa yang sama.
'Atas rasa hormat kepada keluarga, para pegawai membatalkan pusingan akhir Kejuaraan Sanya, sekaligus pertandingan itu akan menjadi acara "54-hole".
Menurut kenyataan itu lagi, laporan koroner belum lagi selesai.
Kerjaya golf Arie terjejas pada 2016 apabila beliau terlibat dalam satu kemalangan dan tidak boleh bertanding selama beberapa bulan. Beliau menduduki kedudukan ke-1,336 dalam senarai dunia minggu ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.