Skip to main content

Sukan

Pemain EPL sudah divaksin boleh lakukan perjalanan ke negara senarai merah

Pemain Liga Perdana England yang lengkap divaksin akan dibenarkan melakukan perjalanan ke negara-negara dalam senarai merah United Kingdom semasa musim rehat antarabangsa dan akan dibenarkan berlatih atau bermain semasa menjalani kuarantin apabila pulang, lapor BBC pada Jumaat (1 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Pemain EPL sudah divaksin boleh lakukan perjalanan ke negara senarai merah

(Gambar fail: Pool via REUTERS/Rui Vieira)

Diterbitkan : 01 Oct 2021 11:03PM Dikemas Kini : 01 Oct 2021 11:10PM

REUTERS: Pemain Liga Perdana England yang lengkap divaksin akan dibenarkan melakukan perjalanan ke negara-negara dalam senarai merah United Kingdom semasa musim rehat antarabangsa dan akan dibenarkan berlatih atau bermain semasa menjalani kuarantin apabila pulang, lapor BBC pada Jumaat (1 Okt).

Banyak kelab enggan melepaskan pemain ke negara-negara 'senarai merah' seperti Brazil dan Argentina pada bulan lalu dan Liga Perdana England sedang cuba untuk mengelak situasi serupa, yang menimbulkan kemarahan persekutuan-persekutuan nasional.

Peraturan ketat kuarantin COVID-19 mewajibkan mereka yang kembali ke England daripada negara senarai merah untuk menjalani kuarantin di hotel selama 10 hari, tetapi pemain kini akan dikuarantin di "kemudahan khas" dan akan dibenarkan berlatih atau bermain.

"Kami sudah bekerjasama dengan pihak-pihak berkuasa bola sepak untuk mencapai aturan yang mengimbangi kepentingan kedua-dua kelab dan negara sambil mengekalkan tahap kesihatan dan keselamatan awam tertinggi," kata seorang jurucakap kerajaan kepada BBC.

"Pertahanan terbaik kita terhadap virus adalah vaksinasi dan langkah-langkah baru ini akan membolehkan pemain yang lengkap divaksin untuk memenuhi tanggungjawab antarabangsa mereka dengan cara yang paling selamat dan praktikal, sambil membolehkan mereka berlatih dan bermain dengan kelab mereka seawal mungkin setelah mereka kembali."

Tempoh rehat antarabangsa adalah dari 4 hingga 15 Oktober, dengan Liga Perdana England disambung semula pada 16 Oktober.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita