Skip to main content

Sukan

Pemain bola sepak Malaysia Faisal Halim perlu jalani pembedahan kedua susuli serangan asid

Pemain sayap Harimau Malaya Faisal Halim mohon mendoakan kesembuhan beliau yang kini diletakkan di bawah pemantauan rapi selepas cedera akibat disimbah asid di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya pada Ahad lalu (5 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Pemain bola sepak Malaysia Faisal Halim perlu jalani pembedahan kedua susuli serangan asid

(Gambar: AP)

Diterbitkan : 07 May 2024 07:51PM
SHAH ALAM: Pemain sayap Harimau Malaya Faisal Halim mohon mendoakan kesembuhan beliau yang kini diletakkan di bawah pemantauan rapi selepas cedera akibat disimbah asid di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya pada Ahad lalu (5 Mei).

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC Shahril Mokhtar berkata perkara itu antara sebahagian daripada komunikasi ringkas antara beliau dan tunggak jentera serangan Gergasi Merah itu petang tadi (7 Mei).

Encik Shahril berkata pemain berusia 26 tahun itu juga memintanya untuk menyampaikan salam kepada rakan sepasukan di Selangor.

“Saya baru saja melawat beliau (Faisal Halim), syukur dia sedar tetapi dijadualkan untuk menjalani pembedahan kali kedua pada pukul 5.30 petang hari ini... saya sempat jumpa beliau, beliau kata 'hi’ dan minta doakan beliau supaya cepat sembuh dan kirim salam kepada kawan-kawan.

“Saya difahamkan prosedur sama juga dijalankan (seperti pembedahan pertama), sebab kesan simbahan asid banyak (iaitu) di muka, leher, lengan dan juga badan. Jadi prosedur dilakukan bahagian kecederaan,” katanya ketika ditemui selepas melawat Faisal Halim di sebuah hospital swasta hari ini.

Pada masa yang sama, Encik Shahril memaklumkan berdasarkan maklumat daripada doktor, jenis asid yang digunakan dalam insiden ke atas Faisal Halim adalah asid sulfurik yang sangat berbahaya.
Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita