Skip to main content

Sukan

Pemain bola sepak Bahrain hadir di mahkamah Thai bagi bantah ektradisi

Sebuah mahkamah Thailand menetapkan agar permohonan ekstradisi seorang pemain bola sepak kebangsaan Bahrain, didengar pada April ini.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 04 Feb 2019 06:00PM Dikemas Kini : 04 Feb 2019 11:42PM

BANGKOK: Sebuah mahkamah Thailand menetapkan agar permohonan ekstradisi seorang pemain bola sepak kebangsaan Bahrain, didengar pada April ini.

Hakeem Al Araibi yang kini memegang status 'pelarian' di Australia, hadir di mahkamah hari ini (4 Feb) untuk membantah permohonan ektradisi oleh negara asalnya.

Al Araibi ditahan di Bangkok pada November lalu. Bahrain mahu beliau dihantar pulang untuk dibicarakan bagi satu jenayah yang menurut Hakeem, tidak dilakukan olehnya.

Pemain bola sepak berusia 25 tahun itu, melarikan diri dari Bahrain pada 2014.
Pertubuhan-pertubuhan sukan antarabangsa seperti FIFPro dan kumpulan-kumpulan hak asasi manusia menggesa kerajaan Thai supaya membenarkan Hakeem pulang ke Australia.

Perdana Menteri Australia dan Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) malah sudah merayu agar Thailand membebaskan Al Araibi dan menghantarnya pulang ke Australia.

Mereka mendakwa Hakeem menghadapi risiko penyeksaan jika dihantar balik ke Bahrain.

Sumber : Reuters/MM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita