Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Pemain Basaksehir keluar padang di tengah-tengah dakwaan perkauman di PSG

"UEFA akan siasat dengan menyeluruh perkara itu dan kenyataan selanjutnya akan diumumkan pada masa sesuai," jelas UEFA dalam satu kenyataan.

Anggaran Waktu Membaca:
Pemain Basaksehir keluar padang di tengah-tengah dakwaan perkauman di PSG

Pengadil Ovidiu Hategan melayangkan kad merah kepada kakitangan jurulatih Basaksehir. (Gambar: REUTERS/Charles Platiau)

Diterbitkan : 09 Dec 2020 08:49AM Dikemas Kini : 09 Dec 2020 08:52AM

PARIS: Para pemain pasukan bola sepak dari Turki, Istanbul Basaksehir, keluar padang semasa perlawanan Kumpulan H kejohanan Liga Juara-Juara menentang Paris St Germain (PSG) selepas kelab itu menuduh seorang pegawai perlawanan bersifat perkauman.

Penolong jurulatih Basaksehir, Pierre Webo yang merupakan seorang warga Cameroon, dilayangkan kad merah pada minit ke-13 oleh penolong pengadil.

Pasukan Basaksehir kemudian keluar padang sekitar 10 minit selepas berbincang dengan pengadil dari Romania, Ovidiu Hategan.

PSG juga keluar padang selepas itu.

"Penolong jurulatih kami, Pierre Webo, dibuang padang dengan perkataan berbaur 'perkauman' digunakan pengadil rasmi keempat perlawanan. Perlawanan dihentikan buat seketika," menurut pasukan itu dalam akaun rasmi Twitter.

Agensi media Turki, Anadolu, menukil presiden kelab Basaksehir sebagai berkata bahawa para pemain tidak akan kembali ke padang selagi pengadil keempat itu masih ada dalam perlawanan berkenaan.

"UEFA akan siasat dengan menyeluruh perkara itu dan kenyataan selanjutnya akan diumumkan pada masa sesuai," jelas UEFA dalam satu kenyataan. 

Sumber : Reuters/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan