Skip to main content

Sukan

Pemain baharu Arsenal, Gyokeres tiba di SG bagi perlawanan pramusim

Anggaran Waktu Membaca:
Pemain baharu Arsenal, Gyokeres tiba di SG bagi perlawanan pramusim

Pemain baharu Arsenal Viktor Gyokeres tiba di Lapangan Terbang Changi pada 27 Jul 2025. (Gambar: CNA/Matthew Mohan)

Diterbitkan : 27 Jul 2025 09:19PM Dikemas Kini : 27 Jul 2025 09:20PM
LONDON/SINGAPURA: Pemain baharu Arsenal, Viktor Gyokeres dilihat di Lapangan Terbang Changi pada lewat petang Ahad (27 Jul), sehari selepas kelab Liga Perdana itu mengesahkan ketibaannya dari Sporting Lisbon.

Pemain penyerang dari Sweden itu dijangka menyertai jelajah pramusim Arsenal di SIngapura dan Hong Kong sedang pasukan itu bersiap sedia merebut takhta juara.

Gyokeres tiba di Singapura dari London pada kira-kira pukul 5.30 petang dan disambut oleh kira-kira 40 peminatnya.

Pemain berusia 27 tahun itu yang membantu Sporting menang liga Portugal dengan menjaringkan 39 gol dan meraih kemenangan tiga kali berturut-turut ke atas Manchester City, menandatangani kontrak selama lima tahun.
Related article image
Yuran perpindahan awal adalah sebanyak £57.4 juta (S$98.8 juta), dengan ia berpotensi mencecah £66.4 juta (S$110.89 juta) - sekaligus meningkatkan perbelanjaan Arsenal pada musim panas ini kepada hampir £200 juta (S$344.38 juta).

"Untuk datang ke sini dan sertai kelab sehebat Arsenal, saya rasa ia akan membantu saya beraksi dengan lebih baik dengan semua pemain yang hebat dalam pasukan ini. Saya benar-benar teruja untuk bermula," kata Gyokeres.

Beliau adalah pemain keenam yang menyertai Arsenal menerusi pengurus Mikel Arteta, selepas Cristhian Mosquera (£13 juta/S$22.38 juta), Martin Zubimendi (£60 juta/S$103.31 juta), Kepa Arrizabalaga (£5 juta/S$86.09 juta), Christian Norgaard (£10 juta/S$17.219 juta) dan Noni Madueke (£48.5 juta/S$78.35 juta).

"Saya dapat rasakan bahawa ini adalah kelab yang sesuai bagi saya," kata Gyokeres.

"Apabila saya menentang Arsenal pada musim lalu, saya benar-benar rasakan ia adalah pasukan yang sangat kuat dan sangat sukar untuk mengalahkannya."
Related article image
Arsenal akan menentang Newcastle di Stadium Negara pada Ahad (27 Jul), sebelum mengakhiri musim perlawanan mereka menentang Tottenham di Hong Kong pada 31 Julai.

"Saya sentiasa mahu menjaringkan gol," kata Gyokeres.

"Untuk menjadi sebahagian dariapda kelab ini dan menjaringkan gol semasa memakai jersi dan lencana ini di hadapan kesemua penyokong saya, saya tidak sabar. Perasaannya pasti menakjubkan."
Sumber : CNA/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita