Pemain badminton Yeo Jia Min, Loh Kean Yew mara ke perlawanan akhir Terbuka Jerman
Anggaran Waktu Membaca:
Pemain badminton Singapura Yeo Jia Min dan Loh Kean Yew. (Gambar fail: AP/Kin Cheung, SNOC/Kong Chong Yew)
SINGAPURA: Ia ibarat kegembiraan berganda bagi pasukan badminton Singapura selepas kedua-dua pemain perseorangan lelaki dan wanita terunggul negara berjaya menempah tempat pada Sabtu (1 Mac) untuk beraksi di perlawanan akhir Terbuka Jerman.
Di Westenergie Sporthalle di Mulheim, Jerman, pemain nombor 13 dunia Yeo Jia Min mengatasi persaingan sengit daripada pemain Denmark, Mia Blichfeldt, 21-19, 22-20 dalam masa 45 minit.
Ia bahkan merupakan kemenangan pertama Yeo sejak lebih sedekad lalu, ke atas pemain nombor 23 dunia itu dari Denmark, yang mempunyai kelebihan rekod 4-1 ke atas Yeo.
Yeo kini menduduki tempat teratas dalam kalangan pemain wanita perseorangan dalam sukan temasya itu.
Beliau akan berdepan dengan pemain nombor 29 dunia dari Vietnam Nguyen Thuy Linh pada Ahad.
Rakyat Singapura berusia 26 tahun itu mengintai untuk memburu gelaran juara Jelajah Dunia BWF pertamanya sejak 2019 apabila beliau memenangi Terbuka Hyderabad Super 100.
Gelaran juara yang baru sahaja dirangkul Yeo ialah Terbuka Poland tahun lalu, yang merupakan acara Cabaran Antarabangsa – satu gred di bawah struktur Jelajah Dunia BWF.
Menyusuli kelayakan Yeo, pemain nombor 15 dunia Loh turut mara ke perlawanan akhir acara perseorangan lelaki.
Beliau menewaskan pemain nombor 44 dunia dari Jepun Koo Takahashi 21-13, 21-14 dalam 46 minit untuk melayakkan diri ke perlawanan akhir pertamanya sejak menjuarai Kejohanan Masters Sepanyol Super 300 tahun lalu.
Kemenangan Loh diraih selang sehari selepas beliau, yang merupakan pemain dengan ranking kedua tertinggi di sukan temasya itu, menumpaskan rakan senegaranya Jason Teh 21-10, 21-14.
Mantan juara dunia itu akan berdepan dengan juara bertahan Olimpik Viktor Axelsen di perlawanan akhir pada Ahad. Axelson, yang mempunyai ranking tertinggi dalam kalangan pemain lelaki perseorangan di sukan temasya itu, mempunyai kelebihan rekod 10-2 ke atas Loh.
Kali terakhir rakyat Singapura itu mengalahkan pemain nombor 4 dunia tersebut adalah di Terbuka Denmark pada 2022.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.