Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Pemain badminton S'pura Loh Kean Yew tersenarai antara 10 pemain terbaik dunia

Anggaran Waktu Membaca:
Pemain badminton S'pura Loh Kean Yew tersenarai antara 10 pemain terbaik dunia

Pemain badminton Singapura Loh Kean Yew. (Gambar fail: SNOC/Lim Weixiang)

SINGAPURA: Pemain badminton negara, Loh Kean Yew, berjaya menembusi senarai 10 pemain terbaik dunia buat julung-julung kalinya dalam kerjayanya.

Berdasarkan ranking terbaru Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang dikeluarkan pada Selasa (22 Feb), pemain Singapura itu melompat ke tangga kesembilan, kedudukan tertinggi sepanjang kerjayanya. 

Loh menduduki tempat ke-12 dalam edisi lalu. 

Loh yang berusia 24 tahun semakin mendapat perhatian dunia selepas mempamerkan prestasi yang cemerlang di Kejohanan  Badminton Pasukan Asia secara bersaing dalam kategori pemain perseorangan dan pasukan lelaki Singapura. 

Loh memenangi kesemua, kecuali satu perlawanan perseorangan, sedang Singapura mara ke peringkat separuh akhir sebelum tewas 3-2 di tangan Indonesia untuk merangkul pingat gangsa. Ini merupakan kali pertama Singapura meraih pingat di kejohanan tesebut. 

Satu-satunya kekalahan Loh adalah di tangan pemain nombor lapan dunia, Lee Zii Jia apabila Singapura tewas 5-0 kepada Malaysia dalam peringkat kumpulan.

Jaguh badminton Denmark, Viktor Axelsen, mengungguli senarai tersebut, dengan pemain Jepun, Kento Momota di tempat kedua dan rakan senegara Axelsen, Anders Antonsen menduduki tangga ketiga. 

Rakan senegara Loh, Yeo Jia Min kekal menduduki tangga ke-16 - kedudukan tertinggi dalam kerjayanya - dalam senarai pemain badminton wanita.

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan