Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Pemain badminton S'pura Loh Kean Yew kalahkan Angus Ng dari HK; layak ke suku akhir Kejuaraan Dunia

Loh mengalahkan pemain nombor 11 di dunia, Angus Ng Ka-long dari Hong Kong 21-11, 11-4 selepas pihak lawan berundur semasa perlawanan kedua.

Anggaran Waktu Membaca:
Pemain badminton S'pura Loh Kean Yew kalahkan Angus Ng dari HK; layak ke suku akhir Kejuaraan Dunia

(Gambar: Aaron Favila/AP)

Diterbitkan : 25 Aug 2022 08:15PM Dikemas Kini : 25 Aug 2022 08:15PM
SINGAPURA: Juara dunia bertahan badminton Loh Kean Yew menunjukkan prestasi cemerlang pada Khamis (25 Ogos) dan masih berpotensi mempertahankan kejuaraannya selepas melayakkan diri ke peringkat suku akhir Kejuaraan Dunia.

Rakyat Singapura itu mengalahkan pemain nombor 11 di dunia, Angus Ng Ka-long dari Hong Kong 21-11, 11-4 selepas pihak lawan berundur semasa perlawanan kedua. Perlawanan itu berlangsung selama 23 minit.

Ini kali kedua kedua-dua pemain itu menentang satu sama lain, dengan Loh meraih kemenangan daripada kedua-dua pertemuan.

Loh, pemain nombor lapan di dunia, akan berdepan dengan Kunlavut Vitidsarn dari Thailand. Pada Sukan Asia Tenggara awal tahun ini, pemain Thai itu mengalahkan Loh bagi menggenggam pingat emas perseorangan di Sukan itu.

Di Kejuaraan Dunia tahun lalu, Loh mencipta kejutan selepas mengalahkan sebilangan pemain-pemain terbaik dunia, termasuk juara Olimpik Viktor Axelsen sebelum memenangi kejuaraan itu.

Dalam acara beregu lelaki tahun ini, Terry Hee dan Koh Kean Hean dari Singapura tewas di tangan Dhruv Kapila dan M R Arjun dari India. Pemain-pemain India itu menang 18-21, 21-15, 21-16.
Sumber : CNA/IM/im

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa