Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Pemain badminton S'pura Loh Kean Yew cipta sejarah, menang Kejohanan Dunia

Loh Kean Yew kalahkan pemain India Srikanth Kidambi, dengan straight set 21-15, 22-20 untuk bawa pulang Kejuaraan Dunia lelaki perseorangan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Dec 2021 11:28PM Dikemas Kini : 20 Dec 2021 11:29PM

SINGAPURA: Pemain badminton Loh Kean Yew menempa nama dalam lembaran sejarah dengan menjadi warga Singapura pertama memenangi gelaran Kejohanan Dunia BWF.

Pemain nombor 22 dunia itu menumpaskan pemain India Srikanth Kidambi 21-15, 22-20 dalam perlawanan akhir perseorangan lelaki di Huelva, Sepanyol, pada Ahad (18 Dis) untuk menyempurnakan siri perlawanan tanpa kalahnya.

Bukan pemain pilihan dalam kejohanan itu, Loh mengejutkan pemain nombor satu dunia Viktor Axelsen dan pemain nombor tiga dunia Anders Antonsen dalam perjalanan untuk merangkul mahkotanya.

Perlawanan itu merupakan pertemuan kedua antara kedua-dua pemain sepanjang kerjayanya. Loh tidak pernah menewaskan pemain ke-14 dunia Srikanth sebelum perlawanan kali ini.

Srikanth memulakan pusingan pertama dengan bergaya, mendahului 9-3. Beberapa siri gerakan yang tangkas membantu Loh merapatkan jurang, namun dia ketinggalan 7-11.

Loh bagaimanapun bangkit dengan penuh bersemangat untuk mendahului 13-12. Dia terus memegang teguh kedudukannya untuk memenangi permainan pertama.

Bagaimanapun, pemain India itu memberi persaingan sengit dalam perlawanan kedua menerusi pukulan kencangnya. Srikanth sekali lagi mendahului 9-6. Namun pemain Singapura itu tidak pernah luntur semangat dan menyerang balik untuk mendahului 11-9.

Srikanth memberi tekanan dan kembali mengatasi Loh, 17-15. Namun Loh membuktikan dia tidak kurang hebat, lalu bangkit untuk mencapai kemenangan.

Pada awal kejohanan itu, Loh mengecewakan pemain nombor satu dunia, Axelsen pada pusingan pertama, sebelum mengalahkan pemain Austria, Luka Wraber dengan mudah dalam masa 25 minit.

Loh kemudiannya membelasah Kantaphon Wangcharoen dari Thailand dalam pertembungan pusingan 16 mereka pada Khamis, membawa pulang kemenangan dalam masa 30 minit sahaja.

Dia kemudiannya menundukkan HS Prannoy dari India dalam permainan berturut-turut untuk menjamin dirinya sekurang-kurangnya mendapat pingat gangsa bersama, sebelum mengalahkan pula Dane Antonsen.

Pada Kejohanan Dunia edisi sebelum ini, Loh mara ke pusingan 16 terakhir sebelum disingkirkan Chou Tien-Chen.

Kemenangan Loh kali ini mencipta sejarah sebagai warga Singapura pertama yang pernah memenangi pingat di Kejohanan Dunia BWF.

Yeo Jia Min berjaya mara ke suku akhir perseorangan wanita pada Kejohanan Dunia edisi sebelum ini, manakala Ronald Susilo tersingkir pada peringkat yang sama pada 2007.

Pasangan beregu campuran Chayut Triyachart dan Yao Lei turut mara ke suku akhir pada 2011, manakala Jiang Yanmei dan Li Yujia turut mencapai kejayaan yang sama pada 2007 bagi beregu wanita.

Loh memenangi gelaran Super 500 Jelajah Dunia BWF kerjaya pertamanya di Terbuka Hylo bulan lalu. Dia juga merangkul mahkota Terbuka Belanda pada Oktober.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan