Pemain badminton SG Yeo Jia Min juara Terbuka Jerman
Anggaran Waktu Membaca:
Pemain badminton SG Yeo Jia Min. (Gambar: Badmintonphoto)
SINGAPURA: Pemain nombor 13 dunia Yeo Jia Min merangkul gelaran pertama Kejohanan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) sejak 2019 selepas mengalahkan Nguyen Thuy Linh dari Vietnam pada Ahad (2 Mac).
Di Westenergie Sporthalle di Mulheim, Jerman, pemain perseorangan wanita Singapura itu menewaskan lawannya 21-16, 21-17 dalam masa 41 minit.
Gelaran BWF terakhir Yeo yang berusia 26 tahun ialah Terbuka Super 100 Hyderabad pada Ogos 2019, dan gelaran terbaharunya ialah Terbuka Poland pada tahun lalu, iaitu acara Cabaran Antarabangsa satu gred di bawah struktur Jelajah Dunia BWF.
Yeo memasuki gelanggang dengan rekod kemenangan 3-1 ke atas Nguyen yang menduduki tangga ke-29 dunia setelah kali terakhir menewaskannya dalam Terbuka India tahun ini.
Sehari selepas mengalahkan juara bertahan Denmark, Mia Blichfeldt, Yeo mendahului 11-7 sebelum pemain Vietnam itu merapatkan jurang kepada dua mata, sebelum Yeo memenangi set pertama.
Peringkat akhir Jelajah Dunia BWF terakhir Yeo ialah semasa Terbuka Hylo 2021, di mana Yeo tewas kepada pemain Thailand Busanan Ongbamrungphan.
Singapura akan berpeluang merangkul dua gelaran pada Ahad ini (2 Mac) dengan Loh Kean Yew dijadual menentang pemain Denmark, Viktor Axelsen dalam perlawanan akhir perseorangan lelaki.
Axelsen mempunyai rekod kemenangan 10-2 ke atas Loh.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.