Skip to main content

Sukan

Pemain badminton SG Loh Kean Yew kini bergelar bapa

Anggaran Waktu Membaca:
Pemain badminton SG Loh Kean Yew kini bergelar bapa

Isteri Loh Kean Yew bersalin dua minggu lalu, ketika beliau sedang menghadiri kem latihan pra-Olimpik. (Gambar-gambar: Instagram/Loh Kean Yew)

PARIS: Pemain badminton Singapura Loh Kean Yew kini bergelar bapa. Berita gembira ini dikongsikan menerusi satu catatan Instagram pada Rabu (7 Ogos).

"Selamat datang ke dunia anak yang amat kami sayangi," tulisnya dalam catatan itu.

Isteri Loh selamat melahirkan bayi lelaki pasangan itu dua minggu lalu, iaitu ketika Loh masih lagi di Denmark bagi kem latihan, kata bekas juara dunia itu kepada media.

Loh melamar isterinya pada Disember 2022 lalu bernikah pada suku pertama tahun lalu.

Atlet berusia 27 tahun itu menjaga rahsia mengenai hubungannya sepanjang beberapa tahun.

Perjuangan Loh untuk meraih pingat di Olimpik Paris berakhir pada awal bulan ini apabila beliau dikalahkan juara bertahan Viktor Axelsen dalam suku akhir perseorangan lelaki.

Axelsen mara ke peringkat seterusnya untuk mempertahankan kedudukannya.

Bekas juara dunia Loh membuat penampilan sulung dalam Olimpik ketika acara itu diadakan di Tokyo. Beliau tersingkir dalam peringkat kumpulan.

Kempen Loh di Paris menyaksikan dirinya menjadi pemain badminton Singapura pertama yang sampai ke peringkat suku akhir temasya Olimpik dalam dua dekad.
Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita