Pemain badminton SG Jason Teh mara ke separuh akhir kejohanan Thailand
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: SBA/David Tan)
SINGAPURA: Pemain badminton Singapura Jason Teh berada di kedudukan baik untuk meraih gelaran juara pertama dalam kejohanan utama selepas beliau mara ke peringkat separuh akhir perseorangan lelaki bagi kejohanan Thailand Masters pada Jumaat (31 Jan).
Teh mengalahkan atlet dari Korea Selatan Jeon Hyeok Jin 21-13, 21-18 dalam 49 minit dan akan bersaing dengan atlet Ireland, Nhat Nguyen, di separuh akhir perseorangan lelaki pertandingan Super 300 pada Sabtu (1 Feb).
Ia adalah kemenangan Teh yang pertama ke atas Jeon, yang berada di tempat ke-35 dalam ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
Teh, yang berada di tempat keempat dalam pertandingan tersebut, mencapai ranking tertinggi dalam kerjayanya minggu ini, iaitu di tempat ke-30.
Teh adalah pemain perseorangan lelaki kedua tertinggi di Singapura, di belakang rakannya, Loh Kean Yew yang berada di tempat ke-11.
Atlet berusia 24 tahun itu menunjukkan prestasi hebat sejak kebelakangan ini.
Pada Disember 2024, Teh mara ke suku akhir pertandingan Indonesia Masters di mana beliau menewaskan pemain nombor sembilan dunia dari Jepun, Kodai Naraoka.
Teh juga mara ke peringkat akhir di lima kejohanan pada 2024.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.