Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Pemain badminton SG Jason Teh juara Thailand Masters

Anggaran Waktu Membaca:
Pemain badminton SG Jason Teh juara Thailand Masters

Gambar fail Jason Teh. (Gambar: Facebook/Badminton Asia)

Diterbitkan : 02 Feb 2025 04:06PM Dikemas Kini : 02 Feb 2025 04:08PM
SINGAPURA: Pemain badminton Singapura Jason Teh pada Ahad (2 Feb) merangkul gelaran perseorangan pertama dalam kariernya.

Teh mengalahkan pemain China, Wang Zheng Xing 21-18, 15-21, 21-19 dalam perlawanan akhir Thailand Masters di Stadium Nimibutr di Bangkok.

Ini adalah pertarungan ketiga Teh dengan pemain nombor 39 dunia, Wang. Teh kini telah memenangi dua pertarungan antara mereka berdua.

Teh, yang merupakan pilihan keempat bagi Kejohanan Super 300, mencapai kedudukan tertinggi dalam kerjayanya sebagai pemain nombor 30 dunia pada awal minggu ini.

Teh adalah pemain perseorangan lelaki kedua tertinggi di Singapura, di belakang rakan senegara Loh Kean Yew, yang menduduki tangga ke-11.

Teh telah mencapai prestasi cemerlang sejak kebelakangan ini.

Bulan lalu, Teh mara ke suku akhir Indonesia Masters di mana beliau mengecewakan pemain nombor sembilan dunia Jepun, Kodai Naraoka. Teh juga berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir dalam lima kejohanan pada 2024.
Sumber : CNA/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan