Pemain badminton SG Jason Teh juara Kejohanan Korea Masters
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Jason Teh dari Singapura menewaskan Yudai Okimoto dari Jepun 21-14, 21-15 dalam perlawanan akhir perseorangan lelaki Kejohanan Korea Masters pada Ahad (9 Nov) untuk meraih gelaran utama yang kedua dalam kariernya.
Pemain pilihan utama itu menepati sasarannya di bandar Iksan, Korea Selatan, dengan Teh tidak tewas walau satu set pun dalam lima perlawanan untuk meraih gelaran Super 300 keduanya tahun ini dari Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
Teh meraih gelaran pertamanya di Kejohanan Thailand Masters pada Februari lalu.
Dalam perlawanan akhir perseorangan wanita, pemain pilihan utama Chiu Pin-Chian dari Chinese Taipei mengalahkan pilihan kedua Nguyen Thuy Linh dari Vietnam 21-16, 21-15.
Persatuan Badminton Singapura (SBA) mengucapkan tahniah kepada Teh, yang berusia 25 tahun, di Instagram.
SBA turut memuji prestasi cemerlang Teh di gelanggang sepanjang kejohanan tersebut.
"Ia adalah prestasi hebat yang hanya boleh dicapai dengan tekad dan keyakinan," tambah SBA.
Beliau akan menyertai rakan senegara dan pemain nombor 9 dunia Loh Kean Yew dalam saringan utama Kejohanan BWF Super 500, di mana pemain Thailand, Kunlavut Vitidsarn akan menjadi pilihan utama.
Kedua-dua Loh dan Teh juga dinamakan sebagai sebahagian daripada kontinjen Team Singapore untuk Sukan Asia Tenggara 2025 (SUKAN SEA 2025) di Thailand bulan depan.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.