Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Pemain badminton negara Loh Kean Yew tundukkan jaguh Malaysia Lee Zii Jia di Terbuka Perancis

Pemain badminton negara, Loh Kean Yew, mara ke pusingan seterusnya kejohanan badminton Terbuka Perancis, selepas menundukkan jaguh  perseorangan lelaki Malaysia, yang juga pemain ranking kelapan dunia Lee Zii Jia di pusingan pertama kejohanan pada Selasa (28 Okt). 

Anggaran Waktu Membaca:
Pemain badminton negara Loh Kean Yew tundukkan jaguh Malaysia Lee Zii Jia di Terbuka Perancis

Pemain badminton negara, Loh Kean Yew beraksi di peringkat kumpulan badminton perseorangan lelaki di Sukan Olimpik Tokyo 2020. (Gambar: Alexander NEMENOV/AFP)

Diterbitkan : 28 Oct 2021 07:42AM Dikemas Kini : 28 Oct 2021 07:44AM

SINGAPURA: Pemain badminton negara, Loh Kean Yew, mara ke pusingan seterusnya kejohanan badminton Terbuka Perancis, selepas menundukkan jaguh perseorangan lelaki Malaysia, yang juga pemain ranking kelapan dunia Lee Zii Jia di pusingan pertama kejohanan pada Selasa (28 Okt).

Loh, yang menduduki tangga ke-40 dunia, menewaskan juara All England itu 24-22, 21-14 dalam aksi selama 39 minit di Stade Pierre de Coubertin.

Ia adalah kekalahan pertama Zii Jia kepada Loh dalam tiga pertemuan mereka setakat ini, termasuk di temasya Sukan SEA 2019.

Loh, yang merangkul takhta perseorangan di Kejohanan Terbuka Belanda pada awal bulan ini, akan berentap dengan sama ada Lakshya Sen dari India atau Nhat Nguyen dari Ireland pada pusingan perlawanan seterusnya.

Sementara itu, pemain badminton ranking tertinggi Singapura, Yeo Jia Min, mengalahkan pemain Belgium, Lianne Tan, dalam acara perseorangan wanita pada awal pagi Isnin (25 Okt). Yeo akan menentang Gregoria Mariska Tunjung dari Indonesia pada pusingan seterusnya. 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan